Berpuasa bersama baby

Bismillah
Salam wbt

Tahun lepas, bulan puasa special sebab berpeluang puasa di musim panas kat Jerman yang mana puasa lebih kurang dari 3 pagi hingga 9.30 mlm. Tahun ni pon special juga sebab pertama kali puasa bersama baby dalam perut. Masa awal-awal tu risau juga kalau kaputt sebab bila masuk trimester ke tiga ni cepat penat, tapi Alhamdulillah dah selamat puasa selama 3 hari.

Cuaca di awal Ramadhan yang sejuk dan hujan memang sangat membantu. Cuma bila jalan-jalan kat luar tu terasa sangat penat. Berdiri lama pon rasa tak larat sangat, jadi untuk permulaan ni saya memilih berterawikh di rumah saja sebab risau tak larat nak ikut imam. Satu lagi bila dah trimester ketiga ni asyik nak kena gi toilet je.

Buka puasa saya simple saja sebab kalau terlebih makan, semput pula. Cuma sahur saya mesti minum susu atau nestum dan juga buah oren untuk membantu sistem penghadaman.

Moga-moga Allah permudahkan saya berpuasa sepanjang Ramadhan. Oh ye, baby sangat aktif bergerak di siang hari sekarang ni. Takkan lapar kot..hihihihi.. Baby sekarang dah 31 minggu. Lagi 8 minggu je sepatutnya dia keluar. Berdebar-debar.

One thought on “Berpuasa bersama baby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!