Huruf-huruf Comel Terjual

Setelah beberapa hari berada dalam ebay, 1 set huruf-huruf felt ni telah pon terjual. Wah, set huruf ni nampaknya on the way ke UK. Ini adalah percubaan saya untuk melihat market di luar. Ada juga yang request untuk buat besar sikit dan huruf tertentu. Selain tu ada yang tanya kalau² saya boleh buat nombor. Tapi buat masa ni saya terpaksa tolak, takut² tak terbuat sebab ambil masa juga. Saya pon tak nak kalut² jahit felt ni, nanti tak kemas pulak kan.

InshaAllah dalam masa akan datang, kalau ada yang berminat nak tempah, boleh lah kita bincang.

Kepada peminat² felt craft yang mencari² barang untuk buat kraf ni, inshaAllah saya akan buka kedai dalam masa terdekat. Nanti bolehlah dapatkan kain felt, butang-butang comel dan barangan lain lagi 🙂

Jangan lupa like Facebook Page Tulip Petals untuk dapatkan update tentang semua ni ya. Owh, page ni pon baru saya buat untuk kita berkongsi² idea dan sebagainya.

Jumpa lagi, insyaAllah.

 

2 thoughts on “Huruf-huruf Comel Terjual

  1. k.asma

    Assalamualaikum teh..
    wah!..dah nampak perkembangan ni..tahniah2..(^_^)
    adik k.asma pun baru berjinak2 buat feltcraft ni..buat keychain jual kat kawan2 adik di sekolah..nanti boleh la intai2 kedai teh untuk beli butang2 comel..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!