Menghitung hari

Assalamualaikum wbt

Semalam pergi klinik untuk check up, memang ramai sangat orang sampai nak duduk pon kena tunggu ada orang bangun. Tapi bila masuk bilik doktor dan doktor scan baby ni, berbunga2 pulak hati..Baby pon bukan main aktif lagi gerak-gerak.. hihihi. Alhamdulillah baby sihat, doktor kata saya takde masalah dan boleh bersalin normal. Saya memang berdoa sangat dipermudahkan Allah untuk bersalin secara normal nanti.

Sekarang ni kandungan dah nak masuk 37 minggu. Baby kalau lahir lepas 37 minggu ni kira dah cukup bulan, jadi saya memang berdebar-debar sebab first time kan dan bila-bila masa saja baby boleh keluar. Masa macam ni memang perlu banyak berzikir untuk tenangkan diri serta rehatkan diri.

Tambahan pula lepas raya, badan dah makin tak larat. Bila berdiri lama je mula rasa cekang, sakit bawah perut. Saya gagahkan diri juga untuk buat kerja rumah dan masak tapi kena buat sikit-sikit, lepas tu rest dulu, kedian sambung balik. Tapi kalau taknak buat kerja rumah langsung, bosanlah pulak kan.

Ok jumpa lagi inshaAllah

One thought on “Menghitung hari

  1. k.asma

    assalamualaikum teh…
    take care yea….semoga semuanya dipermudahkan…
    tak sabar nk tgk cucu ke 6 famili hj ahmad ni..(^_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!