Kehidupan

Maryam sepanjang Jaundise atau Kuning

Salam wbt

Pejam celik, dah 37 hari Maryam dilahirkan, cepat betul masa berlalu.

Masa pergi check up mengandung kat klinik dulu, nurse ada terangkan pasal kuning. Nurse bagitau yang baby saya berisiko besar untuk kena kuning sebab saya darah O+ dan en hubby darah A+ . Jadi saya dah bersedia cuma tak tau pulak sampai tahap mana teruknya.

Hari ke 3

Maryam memang dah dimasukkan ke NICU lepas lahir sebab TTN . Sampai hari ke 3 tu kena duduk bawah lampu pulak sebab kuning.

Hari ke 4

Maryam dah boleh keluar dari wad. Kuning tu memang ada lagi jadi kena rajin check kat klinik bacaan bilirubin. Sepanjang duduk kat rumah, semua orang kata Maryam ni baik sangat sebab tidur je keje. Nangis pon tak, jadi menyusu tu tak banyak mana.

Hari ke 6

Pergi hospital untuk dapatkan bacaan bilirubin. Nurse akan ambil darah kat tumit. Masa ni baru 207, tinggilah jugak jadi kena repeat esoknya. Nurse pesan kena rajin2 kejutkan baby sekurangnya 2 jam sekali. Barulah saya tahu baby yang kena kuning ni memang tak larat nak bangun. Menyusu pon kejap je, lepas tu tido, jadi kena tolak2 dagu bagi dia sedar. Tak pon geletek satu badan tapi tak dapat dinafikan geletek lah macam mana pon, baby tak larat nak menyusu. Cara terakhir, kena bukak baju dia bagi dia tersedar.

Hari ke 7

Bacaan dah naik ke 236. Usaha untuk menyusu Maryam makin giat dilakukan dan memang penat sebab Maryam susah sangat nak bangun. Ala-ala kita lah jugak, bila demam, rasa nak tidur je walaupon lapar sebab tak larat nak buat apa dah. Risau jugak sebab makin tinggi dan kalau sampai tahap 250 memang kena tahan wad.

Saya call kakak tanya nak buat macam mana. Kata kakak kuning ni benda biasa, jadi takyah risau sangat. Cuma kalau lebih 400 bacaan tu kronik. Kalau kena duduk bawah lampu pon lagi bagus  sebab itulah ubatnya. Bila dah dengar sendiri nasihat doktor ni legalah saya.

Hari ke 8

Kuning Maryam dah nampak kat mata dan sampai kaki. Bacaan dah capai 278, confirm kena tahan wad jadi saya dan en hubby terus ke hospital. Saya mintak nak duduk wad sebab nak menyusu Maryam tapi nurse cakap takde katil kosong. Masa tu kepala terus berserabut bila memikirkan nak kena pam susu, en hubby pulak kena balik Penang jadi agak sukar nak ke hospital hari-hari. Tiba-tiba mengalir air mata ni. Maryam pulak menangis-nangis lapar jadi kena bagi susu dulu. Sepanjang bagi susu air mata duk mengalir lagi, maklumlah emosi tak stabil.

Bila dah habis menyusu tu nurse cakap saya boleh duduk wad sebab dah ada katil kosong. Syukur sangat masa tu.

Sepanjang duduk di hospital 2 malam, memang sangat memenatkan memandangkan bilik ibu dan baby berasingan jadi kena ulang alik bila baby nangis. Bila kerap ulang alik tu, terasa sakit kat tempat kena bedah. Sampai satu tahap saya terasa nak balik rumah, tinggal baby bagi nurse jaga. Tapi memikirkan nak juga menyusu, saya pujuk diri supaya terus bertahan. Alhamdulillah masa-masa senggang sempat juga tidur dan rehatkan diri, lepas tu rasa lega.

Hari ke 10

Maryam dapat keluar wad dah. Balik rumah, saya berusaha bagi susu sekerap mungkin, kejut dia sekurangnya 2 atau1 jam sekali.

Mula-mula setiap hari kena ke klinik untuk monitor kuning.  Bila dah makin turun, kena pergi selang sehari dan bila dah rendah, pergi selang seminggu.

Hari ke 30

Dah sebulan umur Maryam dan bacaan pada hari tu 73. Alhamdulillah dah merdeka dari kuning. Maryam makin aktif, suka main dan makin kuat menyusu.

Ni Maryam hari ke 29. Seronok main dengan mama.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress