Kehidupan

Saat Maryam melihat dunia

Salam wbt

Hari ni hari ke 20 Maryam Siddiqa melihat dunia.

Ahad, 9 September 2012

Ikutkan tarikh lagi 2 minggu sebelum estimated due date. Jadi minggu tu kami bermalam kat rumah tok. Saja melawat tok sebelum bersalin. Sabtu tu balik Alor Star. Ahad malam cadangnya nak balik Penang, jadi petang tu kami pusing-pusing Alor Star, nak cari goreng pisang. Dalam kereta kadang-kadang terasa sakit perut, tapi bukannya contraction yang datang bertubi-tubi. Tiba-tiba air keluar mencurah-curah, dalam hati “ini kot air ketuban jatuh” dan teringat pesan nurse “kalau air keluar banyak, pergi terus hospital, kot-kot tu tanda nak bersalin.”

Kami pon bergegas ke hospital Sultanah Bahiyyah dan saya dibawa ke bahagian bersalin, nak cek kot2 dah sampai masa. Buku merah, dompet, handphone semua tak bawak, kononnya nak keluar sekejap je. Akibatnya kena tunggu adik ipar bawak semua tu untuk daftar. Kena bebel juga dgn nurse. Bila doktor datang cek, bukaan baru 1 cm, belum boleh bersalin. Jadi saya kena duduk wad sampai bersalin. Waktu tu dah dekat 10 mlm, hati berdebar-debar memikirkan saat-saat nak bersalin. Kalau Selasa, 11 September pagi saya tak bersalin juga, doktor akan masuk ubat dan setahu saya bila masuk ubat tu, bertambah-tambah sakit.

Sepanjang sehari lebih duduk di wad, terasa peritnya bila datang contraction sampai menangis sorang-sorang. Memang tak boleh tidur.

Selasa, 11 September 2012

Pagi tu contraction datang selang 5 ke 10 minit. Sakitnya tak tertanggung dah. Jam 4 pagi doktor datang nak cek. Masa cek heartbeats baby, menangis-nangis saya sebab sakit contraction. Resultnya heartbeats dah tak normal tapi bukaan baru 3 cm. Doktor decide caesar untuk selamatkan baby dan ibu. Waktu tu saya serahkan segalanya pada Allah dan percaya pada kerja doktor dan pembantu2 . En. hubby yang tidur dalam kereta terkejut sangat bila nurse cakap kena operate.  

Memang berdebar-debar nak kena bedah, tapi banyak-banyak doa, tenangkan diri, yakin dengan Allah. Persiapan untuk bedah tu lama juga tapi tak sempat jumpa en. hubby sebelum kena bedah tapi saya bawa sekali semangat  dia ke bilik bedah.

“Ready!!” ,kedengaran suara doktor dan beberapa minit lepas tu dah ada suara baby menangis. Macam mimpi pulak rasanya sebab tak sangka baby dah keluar. Lepas dah basuh-basuh, nurse bagi saya kiss baby. Tengah mamai-mamai tu, memang tak ingat macam mana rupa baby. Tapi syukur tak terhingga baby selamat, cuma dimasukkan ke NICU sebab pernafasan agak laju dan nak kena check kot2 masuk kuman dan sebagainya sebab air ketuban dah lama jatuh.

Keluar dari bilik bedah, nampak en hubby dan ma. Tak larat nak cakap apa, senyum je kelegaan. Dalam wad kena rehat sampai 8 jam sementara nak tunggu bius habis. Jadi saya tidur je.

Bangun dari tidur, nurse cucuk ubat tahan sakit. Kaki dan boleh gerak-gerak. Doktor suruh minum milo dulu, tengok kot2 termuntah. Alhamdulillah ok dan boleh makan bubur. En hubby bagi gambar baby. Comelnya subhanallah tapi kena sabar, tunggu boleh jalan dulu baru boleh pergi tengok baby kat NICU.

Malam tu nurse suruh slow2 pergi toilet. Masa ni memang sengsara nak gerak walaupon sikit2. Syukur nurse banyak tolong papah dan tunggu kat toilet, takut2 jadi apa2. Sakit macam mana pon, kena gagahkan diri sebab nak cepat baik.

Rabu, 12 September 2012

Pagi tu pergi toilet dengan bantuan nurse juga. Tengah hari en. hubby datang, cadangnya nak pergi menyusu baby tapi memang sakit so sabar dulu.

Petang en. hubby datang, masa ni saya dah ok sikit jadi tak sabar-sabar nak jumpa baby. Bila nampak baby memang tak terkata berbunga hati ni. Cuba menyusu tapi baby minum sikit je. Takpelah asalkan masuk juga susu mama ni.

Khamis, 13 September 2012

Tengahari saya dah boleh discharge. Sebelum discharge pergi tengok baby tapi baby duduk bawah lampu pulak sebab kuning. Sedihnya tengok baby masa tu, jadi mama dia keluar hospital dulu la.

Petang lepas en hubby balik dari Penang, kami terus ke hospital nak tengok baby. Alhamdulillah baby dah boleh keluar. Memang happy sangat.

Ini pula Maryam Siddiqa pada hari ke 4. Muka berubah sebab dah kecut.

Syukur tak terhingga atas kurniaan ini. Moga Maryam Siddiqa jadi anak yang solehah.

2 Comments

  • rawai
    October 1, 2012 - 12:38 | Permalink

    amiin.. tahniah huda. tgk maryam, rs xsabar plk tggu baby sndiri keluar 🙂 maryam brp kg?

  • huda
    October 1, 2012 - 15:16 | Permalink

    maryam lahir 2.56 kg. tak berat mana pon… rawai jaga diri baik2 ye..inshaallah selamat semuanya

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress