Busy Book & Busy Bag Malaysia Homeschooling

Animal Activity Cloth Book

Saya sangat gembira dapat siapkan buku aktiviti binatang ni yang agak mencabar skill sendiri. Alhamdulillah walaupon kadang-kadang stuck tengah jalan, idea tu datang jugak. Asalnya saya nak buat simple je tapi akhirnya jadi macam ni.

Animal Activity Book 01

Ni muka depan, memperkenalkan antara rakan-rakan dalam buku.

Animal Activity Book 02

Ni kandang tempat tidur binatang. Saya jahit velcro pada pintu, jadi boleh buka tutup pintu tu.

Tepinya belon udara panas. Boleh keluarkan binatang dalam kandang, naik belon bersama kucing. (Boleh tukar binatang lain juga)

Animal Activity Book 03

Ni circus train. Nampak simple tapi sebenarnya ambil masa jugak nak selesaikan pages ni.

Animal Activity Book 04

Ni pages yang paling saya suka. Binatang dalam taman. Binatang boleh duduk belakang bunga, atas pokok ataupon dalam khemah. Macam-macam cerita yang boleh direka untuk pages ni.

Animal Activity Book 05

Tengok barisan felt finger puppets yang ada dalam buku ni. Kalau nak finger puppet ni saja, harganya RM5.00/pc dan RM25.00/6pcs.

Set Animal Activity Book – with Animal Finger Puppets.

Material : Kain Cotton,Ribbon, Velvet, Felt, polyester filling, Velcro, Buttons
Ukuran buku: 8.0″ x 8.0″ (20.0cm x 20.0cm)
Harga: RM100.00

Mempunyai 7 muka bergambar.
Muka 1: Muka depan
Muka 2: Siapa ada dalam kandang?
Muka 3: Siapa nak terbang bersama kucing? (Boleh tukar2 binatang)
Muka 4 & 5: Jom naik keretapi circus.
Muka 6 & 7: Mari bermain di taman. Boleh duduk belakang bunga, dalam khemah atau atas pokok.

Terdapat 12 finger puppet dalam bersama buku ni.

Buku yang menyediakan aktiviti menarik untuk anak kecil anda. Macam-macam cerita yang boleh anak anda reka.
Sesuai untuk anak-anak atas 3 tahun kerana mempunyai part-part yang kecil seperti butang. (Butang digam dan dijahit pada kain)
Memandangkan buku ini diperbuat dari kain, maka boleh dibasuh (handwash).

Kalau berminat, boleh sms, whatsapp saya di 011-14999711(huda) atau PM di Facebook TulipPetalsCraft .

Saya ambil masa 4 hari untuk siapkan set buku ni.

Untuk produk lain, boleh tengok di kedai Tulip Petals

4 Comments

  • Kak Zie
    November 30, 2013 - 16:39 | Permalink

    Salam, kemas la potongan utk finger puppet tu. Nak tanya la, Huda potong felt tu guna apa yer? Lg satu, mcm mana cara untuk lukis imej pada kain felt supaya mudah dipotong dan akan jd satu imej yg cantik.

    • huda
      November 30, 2013 - 18:47 | Permalink

      Wsalam…
      Felt saya potong guna gunting kertas biasa tapi tajam…yg sederhana besar, selesa dgn jari…
      Felt pulak jenis polyester keras…jadi senang nak potong…
      Saya selalu lukis atas kertas tebal mcm kertas drawing… potong ikut bentuk…
      Bentuk tu letak atas felt, gunting…bentuk pon ringkas dan kecik, jadi tak lari masa potong….kiranya saya tak lukis atas felt…
      Kalau bentuk yg panjang2 mcm rainbow, saya lukis atas kertas a4 biasa…. guna jarum, cucuk bentuk tu atas felt, then potong…
      Jarang saya lukis atas felt sbb rasa x best…(guna air erasable pen)..
      Harap membantu 🙂

  • Azreen
    September 5, 2015 - 20:22 | Permalink

    Salam perkenalan. Cantik kan busy book tu. Pernah teringin nak buat utk anak tp memandangkan tak berapa seni tangan ni tak jadi nak buat.. hehe

    jemput singgah ke blog saya ye.. 🙂 KENAPA BERAT BADAN BAYI KURANG

    • huda
      October 22, 2015 - 07:04 | Permalink

      Salam Perkenalan.

      Kalau nak cuba, boleh try yg simple. hihi

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress