Sarung Bantal Felt

Beberapa hari lepas saya siapkan 3 sarung bantal yg ditempah kawan. Katanya untuk anak2 sedara. Ni first time saya buat projek ni. Selepas beberapa research terhasil lah produk ni. Banyak kerja detail yg diperlukan rupanya.

Semua kecuali butang saya jahit guna mesin. Kalau jahit tangan alamatnya tak siap-siap lagilah dan harganya pon perlu berlipat kali ganda. Walaupon orang kata tak berapa kemas jahit mesin, saya sangat berpuas hati dengan hasil ni. Kemas tau.hihi

Sarung Bantal Felt Bunga 01

 

Ini temanya binatang dan bunga.. Saya memang suka combination rama-rama dengan bunga berwarna warni, macam dalam taman dan nampak ceria sangat.

Sarung Bantal Felt Bunga 04

Nampak tak bunga-bunga yang timbul tu.

Sarung Bantal Felt Bunga 03

Ni rama-rama timbul.

Sarung Bantal Felt Bunga 02

Bunga merah putih ni paling menyerlah bagi saya. Tapi tak sangka pulak agak complicated nak jahit butang-butang ni. Sakit tangan ni.

Sarung Bantal Felt Kenderaan 01

Ni bertemakan kenderaan. Mula-mula nak letak kapal terbang je, tapi disebabkan agak kosong, tambah kereta dan bas kat bawah tu.

Sarung Bantal Felt Kenderaan 02

Sarung Bantal Felt Bear 01

Ini pula temanya sukan. Lama juga saya nak dapat idea design ni. Mula-mula design nya sekor bear, 3 biji bola bersepah. Then kawan request 5 biji bola yg nak masuk goal. Design ni saya ingat ke simple. Bila dah start menjahit, ya Allah detailnya bear dengan bola tu.

Sarung Bantal Felt Bear 02

Harga: RM40.00 untuk 1 sarung bantal
Ukuran: 18″ x 13″ (45cm x 32cm)
Material Sarung Bantal: Velvet yang lembut
Material corak: Felt, Cotton, Butang

Harga tak termasuk bantal ye. Saiz dan design boleh dibincangkan. Harga juga berdasarkan saiz dan design.

Kalau berminat, boleh sms, whatsapp saya di 011-14999711(huda) atau PM di Facebook TulipPetalsCraft . Saya ambil masa 2 hari untuk siapkan 1 sarung bantal ni.

Untuk produk lain, boleh tengok di kedai Tulip Petals 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!