Busy Book & Busy Bag Malaysia Homeschooling

Green Activity Book

Buku ni saya jahit untuk customer dari Italy. Customer ni mintak buku berasaskan warna hijau, daun dan pokok.  Saya memag seronok buat buku ni sebab customer ada bagi byk suggestion nak buat apa jadi saya tak perlu perah otak banyak sangat..hihi.

Melalui buku ni jugak, banyak skill baru yang saya belajar jadi memang ambik masa sikit nak siapkan. Ada part2 yang mula2 tak jadi, kena tukar fabric, tali. Banyak jugak kena buat research.

Jadi jom tengok hasilnya:

Green Activity Cloth Book..

Ribbon Tags ni dah banyak kali saya buat, jadi takde masalah sangat cuma banyak jugak guna ribbons.

Dekat bawah ladybug tu ada butang2 kecil yg boleh gerak ke kanan kiri (Boleh tengok gambar bawah). Rumput2 tu nampak simple tapi nak menyusunnya kena teliti jugak.

Pokok tu antara yang mudah saya nak jahit. Epal2 tu saya beli yang dah siap potong.

Nak siapkan daun2 tergantung tu, puas jugak saya cari cangkuk kat kedai. Sini payah nak cari kedai jahit. Nasib kat Mydin ada jual yang murah2.

Burung tu pon agak mencabar nak letak beads kat ekor tu. Sayap tu pon puas saya perah otak nak dapatkan idea.

Saya suka part tarik2 butang ni. Maryam pon excited.

Green Activity Book.

Material : Kain Cotton,Ribbon, Velvet, Felt, polyester filling, Buttons
Ukuran buku: 6.0″ x 6.0″ (15.0cm x 15.0cm)
Harga: RM60.00

Mempunyai 8 muka bergambar.
Muka 1: Tagging Ribbons. Singa
Muka 2: Ada apa di sebalik rumput-rumput?
Muka 3: Ada buah apa kat pokok ni?
Muka 4: Gantung daun-daun kat dahan
Muka 5: Gerakkan ekor dan sayap burung
Muka 6: Tarik butang-butang dari daun . Kelopak bunga boleh flip
Muka 7: Gerak-gerak daun keluar bunyi loceng.
Muka 8: Pelangi

Buku yang menyediakan aktiviti menarik untuk anak kecil anda.
Sesuai untuk anak-anak atas 3 tahun kerana mempunyai part-part yang kecil seperti butang.
Memandangkan buku ini diperbuat dari kain, maka boleh dibasuh (handwash).

Kalau berminat, boleh sms, whatsapp saya di 011-14999711(huda) atau PM di Facebook TulipPetalsCraft .

Saya ambil masa 3 hari untuk siapkan buku ni.

Untuk produk lain, boleh tengok di kedai Tulip Petals

**Kalau curious nak tau mcm mana saya dapat order dari luar Malaysia, boleh PM lah ye…

2 Comments

  • Amie
    October 18, 2015 - 23:02 | Permalink

    Assalam sis..saya ada tgh busy book yang sis buat..boleh tak share dengan saya..busy book tu sis masukkan filling jgak dalam kain felt ke tak?kalau masukkan boleh tahu filling jenis apa ek?tq

    • huda
      October 22, 2015 - 07:03 | Permalink

      Saya tak guna kain felt tapi cotton.
      Felt tak perlukan apa2 filling antaranya.
      Cotton perlukan stabilizer

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
    Powered by: Wordpress