Toddlers Activities idea – January

Kali ni nak share aktiviti kanak-kanak yg simple dan merangsang otak.. Just untuk rujukan, masa ni Maryam 16 bulan.. So ada aktiviti yang boleh buat lagi awal, ada yg mungkin tak menarik minat kanak-kanak sebayanya. Toddler Activities Jan 2014

1) Sticky notes 20131001_163910

Maryam memang suka cabut2 sticky note ni. Lagi bagus kalau ada sticky notes yang colourful sbb colours boleh merangsang otak.

2) Masukkan objek dalam bekas 20131011_102600

Boleh guna apa saja barang yg kecik yg mudah untuk anak kita pegang. Pastu ajar dia masukkan dlm bakul. Boleh leka dia buat benda ni.

3) Menconteng dengan crayon

IMG_0061

Memang anak-anak besar mcm ni tak reti nak melukis tapi menconteng menggunakan crayon ni cara nak latih kanak-kanak pegang pen/pensil. Pilih crayon yang gemuk2 untuk permulaan sbb mudah nak pegang.

4) Taggie ribbons IMG_0539

Maryam suka masukkan jari dalam ribbons tu dan nak buat macam ni kena betul2 fokus. Buku ni boleh tengok kat sini.

5) Fridge magnetIMG_0550

Yang ni memang menarik. Kita ambik je fridge magnet yang ada kat rumah, letak dalam tray. Leka dia cabut satu persatu dari tray tu. Sediakan jugak bekas untuk dia masukkan magnet tadi.
Cuma, kalau fridge magnet yang mudah pecah, kita kena perhati lah sebab bila dah bosan, dia akan campak2 je. Lebih mudah kalau kita dapatkan yg jenis plastik.

6) BalancingIMG_0592

Pada asalnya nak bagi dia susun2 besen tu tapi at last ini yang dia main. So bagus jugak kalau kita bagi sesuatu dan biar dia decide nak main macam mana. Cuma kena hati-hati nak main macam ni, pastikan sekeliling kosong dan kita kena alert sebab boleh jatuh.

7) RibbonsIMG_0609

Ni pon simple, letakkan cutting ribbons atas lantai, biar dia tarik2, pegang dan tengok warna.

8) BerasIMG_0630

Salah satu idea untuk sensory skill. Maryam boleh leka main dengan beras ni. Kadang dia kutip satu2 yang jatuh atas lantai. Selain beras, boleh jugak gunakan kekacang atau pasta.

9) Ice cream stick

IMG_0646

Ice cream stick yang berwarni warni memang menarik perhatian kanak2. Saya letakkan ice cream stick kat tepi tray, maryam kutip letak dalam tray, kacau2 guna sudip dan bagi orang makan. Idea yang baik untuk latih anak pegang barang2 seperti sudip.

10) Handmade playdough2013-12-19 16.28.32Untuk permulaan ni Maryam tak minat main benda ni, dia geli kot. Setakat tarik2 bentuk tu dia mau lah. Kalau nak try bolehlah search resepi, memang senang je nak buat. Masa buat playdough ni pon, anak2 boleh tolong.

Ok, ni dulu perkongsian kali ni. Jumpa lagi insyaAllah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!