Homeschooling

Toddlers Activities Idea- February

Bismillah
Assalamualaikum.

Kali ni nak share aktiviti yang kami lakukan bulan lepas.

10 Toddler Activities Feb 2014

1) Masukkan stokin dalam bakul

IMG_0622Boleh guna apa saja untuk aktiviti ni asalkan ada bekas nak masuk-masuk barang. Mulanya nak main baling stokin, tapi Maryam lebih suka masukkan stokin tu dalam bekas.

2) Mana barang ni?

IMG_0769
Aktiviti ni untuk mengasah memori anak-anak. Ambil gambar yang dia suka main dan print (boleh laminate kalau nak, saya guna tape je). Tunjuk gambar tu, suruh dia cari kat mana.
Tapi untuk Maryam, dia cepat hilang fokus, tak minat mana…Mungkin dah besar sikit baru berminat.

3) Bola-bolaIMG_0775Bola ni pada saya satu kemestian yang perlu ada kat rumah. Banyak pon takpe sebab budak-budak memang suka main bola. Baling, sepak atau masuk dalam bakul.

4) Board Book
IMG_0802Board book bukan untuk baca saja tau. Dia lagi seronok keluarkan buku tu dari kotak, then masukkan balik satu persatu. Leka buat benda ni. Bukan mudah nak masukkan buku terakhir.

5) Main huruf dalam bakul
IMG_0806Ok yang ni pon guna bakul, tapi dia suka bakul, main jugak. Cara yang menarik perkenalkan huruf pada anak-anak. Ni saya buat guna felt, tapi tak jual dah sebab makan masa yang banyak utk siap.

6) Buka bekas
IMG_0826 Ni untuk latih tangan dia pusing-pusing penutup tu. Boleh jugak guna botol air dan lagi menarik kalau letak barang dalam bekas tu, semangat nanti dia berusaha.

7) Tarik-tarik ribenIMG_0901Dapat idea ni bila tengok penapis tu ada lubang besar, so senang nak tarik riben tu. Boleh juga guna cupboard, cucuk2 dengan gunting.

8) Senduk mainan
IMG_0933Aktiviti ni boleh buat masa nak mandi terutama untuk budak-budak tak suka mandi.. Bubuh je apa2 mainan kecik yang timbul, bagi senduk, nanti dia godek-godek. Bagus untuk latih jari-jari pegang benda yang panjang.

9) Gelongsor

IMG_0936Yang ni boleh guna cupboard atau apa-apa benda yg panjang.

10) Getah rambut pelbagai design
IMG_0943Getah rambut yang pelbagai design dan warna memang boleh menarik perhatian dia. Satu persatu dia cuba masukkan dalam jari.

OK setakat ni dulu sharing kali ni. Kadang-kadang aktiviti yang kita buat tu tak menarik perhatian dia (main sekejap je) tapi kita boleh letak benda tu kat tempat yg senang dia ambik. InsyaAllah next time dia main.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress