Toddlers Activities Idea- March

Bismillah
Assalamualaikum.

Kali ni nak share aktiviti yang kami lakukan bulan lepas.

Toddler activities Mac

1) Mainan dalam aisToddler activities idea

Maryam memang suka ais dan dia boleh leka main ais sampai cair. Tapi lepas tu basah sekeliling tempat. Aktiviti ni menarik sebab anak-anak boleh perhati proses dari mainan tu masih dalam ais sampai semua ais mencair. Disebabkan Maryam suka jugak makan ais maka perlu pastikan mainan yang di freeze tu dibersihkan dahulu.

2) Treasure hunt dalam beras

IMG_1142

Beras pon maryam suka sangat main. Selain beras boleh juga guna tepung, gula, kekacang. Sambil-sambil cari toys, boleh stimulate jari-jari untuk pegang benda kecik.

3) Masukkan benda halus dalam botol

Toddler activities idea

Macam beras, kacang hijau ni boleh stimulate jari-jari dan ditambah pula dengan adanya kon, aktiviti ni jadi lebih menarik. Cuma lepas tu kacang hijau berteraburan atas lantai. So tips saya, buat aktiviti macam ni sebelum kita nak vakum lantai.

4) Rendam kertas dalam air

IMG_1118

Untuk si kecik yang suka air, sesuai sgt aktiviti ni. Koyak je beberapa jenis kertas, bubuh dalam air. Seronok dia observe kertas yang terlerai. Tapi air tu akan berteraburan jugak.

5) Main belon

Toddler activities idea

Toddler activities idea

Belon ni macam bola juga, anak-anak memang suka sgt main. Tiup belon, bagi je main. Boleh tendang2, baling2, bubuh dalam kotak. Simple tapi menyeronokkan.

6) Masuk duit dalam tabung

IMG_1087

Aktiviti yang melekakan dan cara mudah untuk practice jari2 pegang barangan yang kecil. Tapi kalau dapat tabung yang comel2, lagi best.

7) Buka plastic bag

Toddler activities idea

Nampak macam senang je untuk orang dewasa tapi bagi si kecil, dia kena fokus betul2 untuk buka plastik tu. Kalau nak trigger diorang buka plastik tu, kenalah sumbat benda yang menarik dalam tu.

8) Kepit pom pomĀ 

Toddler activities idea

Pom pom salah satu material yang menarik sebab lembut, ada pelbagai saiz dan warna. Macam-macam aktiviti boleh buat dengan pom pom. Nak melatih anak-anak pegang penyepit ni tak mudah. Maryam sendiri selalu frust sebab susah nak sepit pom pom. So kena tolong, pastu bila dapat sepit satu, tepuk tangan..hihi

9) Pom pom dan sudu

Toddler activities idea

Untuk mengelakkan Maryam frust dengan penyepit, saya tukar guna sudu sebab lagi mudah. Seronok dia ambik pom pom satu persatu dan masukkan dalam balang.

10) Masukkan pom pom dalam lubang

IMG_1015

Masih menggunakan pom pom sebab excited. So boleh cari apa-apa bekas yang ada lubang dan masukkan satu persatu pom pom dalam tu.

Ok, setakat ni dulu sharing kali ni. Jumpa lagi insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!