Homeschool Week 2

image

Minggu ni banyak aktiviti yg spontan. Plan lain, jadi lain.

Aktiviti Week 2
1) Pin huruf hijaiyyah dan sebut banyak kali. Alhamdulillah maryam dah kenal beberapa huruf.

2) Match bentuk. Yg ni saya lukis beberapa bentuk, maryam matchkan buttons dgn bentuk tadi.

3) Bila maryam bosan main butttons tadi habis bersepah2 atas lain. Kalau suruh kutip, susah nak menjadi. Lepas beberapa minit tu dia main masak2, so sy request air buttons. Semangat terus maryam kutip buttons yg berteraburan tadi.

4) Maryam pilih nak warna gambar  I love reading Quran. Maryam request nak pakai tudung macam gambar tu, so saya pakaikan telekung sbb tudung xde (maknya belum jahitkan). Lepas warna2 ni, terus nak baca Quran.

5) Saya bagi maryam pilih gambar masjid nak warna. Lepas warna, ambik 2 finger puppet ni dan imagine mama papa pergi masjid nak solat. Lepas kata siap solat, terus dia nyanyi “Let it go”.

6) Butterfly craft dari kertas, aiscream stick, pipe cleaner.

7) Blowing activity. Masa ni cuba tisu dan pom pom, tengok yg mana boleh ditiup.

8) Kira kacang sambil makan. Tapi makan yg lebih. Maryam tak mau fokus.


Kalau ada yg mencari buttons comel tu, boleh dapatkan kat kedai TulipPetals .
Finger puppet pula di sini.
Ok jumpa lagi InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!