Muhasabah Bisnes

Cuti berpantang memberikan saya peluang untuk muhasabah dan plan semula bisnes petals. Tak dinafikan banyak sangat kekurangan saya sepanjang bisnes ni beroperasi. Akaun tak update dgn baik, tiada kiraan untung rugi yg clear, takde plan yg baik utk update blog, takde plan berterusan untuk homeschool maryam dan macam2 lagi.

Kadang-kadang disebabkan nak kejar siapkan tempahan dan nak cari idea baru, lupa pulak sebenarnya plan yg mengambil masa beberapa jam boleh percepatkan proses-proses yg lain.

Sebelum saya start bisnes semula minggu depan untuk tahun 2015, Alhamdulillah akaun tahun 2014 dah siap dan akaun untuk tahun 2015 dah prepare. Plan untuk blog pon dan buat. Yg masih dlm proses adalah plan homeschool maryam.

by Sr Aneesah Satriya https://www.facebook.com/aneesahsatriya

Perkara yg paling sukar saya rasa adalah untuk manage masa antara diri, family dan bisnes. Gambar ni adalah guideline untuk saya lebih produktif insyaAllah. Perlu buang perkara2 yg kurang penting dan paksa diri untuk tidak bertangguh. Pengalaman saya bebeberapa bulan sblm berehat, kerja saya sememangnya lebih produktif bila saya meletakkan facebook di tahap priority yg agak rendah, cuba saja jahit design baru tanpa berfikir terlalu lama dan sediakan aktiviti untuk maryam setiap hari supaya dia tak bosan dan mula main alat2 menjahit.

Mulakan pagi seawal yg mungkin dengan aktiviti yg menenangkan jiwa InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!