Homeschooling

Homeschool Week 3

image

1) Main gelang getah. Asalnya nak buat benda lain tapi maryam ambik letak kat tangan, berangan jadi ultraman. Mmm, tak taulah apa kena mengena getah ni dgn ultraman. Owh maryam kenal ultraman sbb tgk upin.

2) Itsy bitsy spider finger puppet. Maryam mmg suka lagu ni, siap ada buku. So kami buat craft, main sambil nyanyi2 lagu spider.

3) Bunga dari kertas dan ice cream stick. Konon2 mcm bunga yg Dora buat utk kawan dia Benny yg allergic bunga betul.  Yg ni sy potong guna Sizzix Big Shot sbb maryam belum mahir gunting bentuk.

4) Mandikan bear. Mlm sebelum tu maryam nak jemur bear ni tapi jatuh atas lantai. Maryam cakap bear kotor, pastu terus dia lempar. Pagi tu sbb dia ni liat nak mandi, sy suruh mandikan bear. Cepat je masuk bilik air.

5) Main layang-layang. Maryam panggil tu kapal terbang. So berlari2 jgk dlm rumah nak bg layang2 terbang.

6) Cop kunyit. Sambil2 saya masak lunch, bagi dia air kunyit, kertas, pom pom, sudu, pipe cleaner. Ikut kreativiti dia nak chop mcm mana. Sampai siap masak dia duk main benda ni. Mmm tak lah lama mana, dlm setengah jam. Tapi dengan baju sekali kena chop. Lepas ni nak cari kain waterproof jahit apron dia pulak.

7) Eksperimen ala jongkang jongket. Letak pemadam, sharpener kat sebelah, sebelah lagi tekan ngan tangan bagi melambung barang tu. Excited dia tgk brg tu tercampak.


Tengah mencari2 lg idea eksperimen yg simple2. Uolls ada idea?
Ok, jumpa lagi insyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress