Homeschool Week 5

image

1) Ajak meow baca doa dan minum sama2. Maryam ni dah mcm babysit meow. Semua utk meow. Ptg2 selalunya saya akan spend masa minum berdua dgn maryam, waktu ni amina tidur. Maryam pon ambik meow, ajak meow berdoa and konon2 minum sama2.

2) Felt board. Excited dia dpt felt board ni sbb dah lama sgt tak main.  Dulu dia x berapa minat, so simpan tak guna2 dah. Utk permulaan saya bg dia felt numbers yg mmg dah lama ada, sambil2 tu potong bentuk2 baru dan ikut imaginasi dia nak tempek kat mana.

3) Buat aiskrim malaysia. Langkah penjimatan bajet. Hihihi. Maryam mmg excited buat benda ni sambil kira berapa yg dah siap. Request coklat n sirap. Mula2 dia tengok tapi lepas tu mestilah nak try. Takpe, buat sama2 walaupon agak dah memang tumpah lepas tu.

4) Felt ikan dan sotong. Maryam mmg suka sgt sotong lepas tengok logo cimb. Ikan tu suka makan je. Bila je siap felt sotong ni, dia ambik n bagi sotong berjalan atas lantai. Lepas tu masukkan dalam raga basikal, bawak ronda 1 rumah.


Ok jumpa lagi insyaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!