Update Ramadhan

Alhamdulillah dah beberapa hari berada di bulan Ramadhan. Terasa masa begitu cepat berlalu.Ramadhan tahun lepas berada pada trimester pertama yg menyebabkan saya x sanggup menjahit. Asal start tengok mesin je, kepala pening.. hihi

Akhir tahun 2014 saya stop menjahit sementara menunggu masa utk bersalin. Awal tahun 2015 lahir anak ke 2, penuh kenangan manis dan pahit  ketika proses bersalin. Kemudian berpantang 2 bulan.

Balik dari berpantang akhir Februari 2015, warm up menjahit baju sendiri dan anak-anak. Selesai kenduri ipar tengah Mac 2015 start ambil tempahan sikit-sikit sambil mengemas rumah untuk pindah. Masa ni dah mula start rasa letih sebab tak sangka terlalu banyak yg perlu dikemas dan diselesaikan.

Alhamdulillah selamat pindah rumah tengah bulan 5 tapi tak sangka juga banyak perkara yg perlu diselesaikan di rumah baru. Masa ni ada beberapa tempahan juga dan semua perlu disiapkan sebelum kenduri adik bulan 6. Bila penat, hampir give up tapi Alhamdulillah selesai juga semua seperti dirancang.

Selesai kenduri, banyak projek menanti untuk disiapkan dan tibalah bulan Ramadhan. Setelah menghitung2, saya fikir adalah lebih baik saya stopkan dulu semua tempahan dan fokus menjahit tempahan yang ada disamping menjahit keperluan keluarga dan rumah baru.

Saya gembira kerana Busy Book mula dikenali dan mendapat sambutan. Antara byk2 projek, saya paling excited buat Busy Book.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!