Tips & Tutorial Busy Book Malaysia

Busy Book Tips

Saya nak berikan tips berdasarkan pengalaman 3 tahun berkecimpung dengan Quiet Book/ Busy Book/ Soft Book/ Fabric Book/ Cloth Book. Banyak namanya tapi tujuan yg sama.

Busy Book

Material Utama:
Busy Book boleh dibuat menggunakan fabrik cotton, jeans, flannel, felt, kertas, foam.

1) Kain cotton menjadi pilihan saya kerana saya merasakan cotton paling tahan lasak tetapi agak sukar dikendalikan berbanding felt. Cotton perlukan stabillizer, dijahit lebih banyak berbanding felt.

2) Felt paling mudah dijahit kerana felt tidak berbulu di bahagian tepi apabila digunting.

Saiz:
Boleh start dari 15cm ke 30cm ikut kesesuaian.

1) Saiz kecil boleh letak dalam handbag dan sgt sesuai untuk baby.

2) Saiz besar lebih sesuai untuk toddler dan lebih byk aktiviti boleh letak.

Cara gabung Busy Book:
1) Dijahit terus.
Untuk mini book, saya memang gunakan kaedah ini kerana saya limitkan pages. Lepas dah jahit, tak boleh tambah pages.

2) Digabung menggunakan eyelet/grommet
Saya gunakan cara ini untuk Busy Book besar kerana saya mahu buku besar Maryam boleh ditambah pages dari masa ke masa berdasarkan apa yg dia minat. Jadi takdelah nak kena siapkan byk pages dulu baru boleh main. Yg dah tak berapa sesuai dgn usianya, saya boleh keluarkan bagi kepada adik pula.

Jahit atau gam:
Dua-dua cara boleh diguna pakai.

1) Gam:
– Lebih mudah tapi perlu berhati-hati untuk mengelakkan tercabut, terutamanya bahagian kecil. (Safety)
– Masa awal2 buat dulu, saya pernah gam saja velcro dan memang sekejap dah tercabut.

2) Jahit:
-Perlukan lebih kerja tapi hasilnya memang tahan lasak dan kurang risau pada bahagian yg kecil. (Safety reason)

Idea/ pattern:
Boleh google contoh-contoh pattern yg otai-otai dah buat dan diolah mengikut citarasa sendiri.

1) Nak lagi best, tambahkan benda2 yg si kecil minat.

2) Pilih aktiviti mangasah fine motor skill sesuai dgn usia si kecil. Material untuk toddler melibatkan aktiviti zip, butang, tarik /ikat tali, matching, bercerita, game dan sebagainya. Untuk baby, lebih kepada sensory dan tidak sesuai diletakkan bahagian yang kecil seperti butang walaupon ianya sangat comel.. hihihi

3) Saya mengurangkan perkara details dan fancy dlm hasil kerja kerana saya lebih utamakan fungsi walaupon saya sgt suka benda yg halus seni nya. Lagi banyak details, lagi banyak masa yang diambil maka lagi mahal. Pada saya, yang penting motif utama setiap aktiviti itu tercapai, jadi saya cari kaedah paling cepat untuk disiapkan tanpa mengabaikan kualiti setiap jahitan. Yang penting anak kecil suka main.

Masa yang diperlukan
Walaupon setiap aktiviti nampak simple, tapi jangan underestimate sebab kadang-kadang ambil masa yang lama untuk siap ditambah pula tiba-tiba idea stuck tengah jalan atau material habis.

Cadangan saya:
1) Pilih design simple dulu

2) Start dengan aktiviti mudah, asalkan si kecil gembira

3) Saya ni bila tengok si kecil gembira akan naikkan lagi semangat saya maka datanglah idea baru.

Idea+Design+Material+Masa = RM setiap pages.
Saya sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan masa yg digunakan bagi memastikan harga tidak terlalu tinggi. Dan percayalah, harga yang diletakkan memang berpatutan.  Saya juga ada menjual ke luar Malaysia tetapi harga dalam Malaysia adalah untuk rakyat Malaysia. Tak mungkin nak letakkan harga macam yang jual ke luar kan. Boleh google sendiri untuk info lanjut. hihihi. Kualiti yg saya jual di sini dan ke luar adalah sama.

Finally bagi yang nak DIY, selamat mencuba dan untuk semua peminat Busy Book, terima kasih kerana terus menyokong Tulip Petals.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress