Busy Book & Busy Bag Malaysia Tips & Tutorial Busy Book Malaysia

Safety tips utk peminat DIY Busy Book (Grommet/eyelet)

Eyelet

 

Alhamdulillah makin ramai yang berminat utk buat Busy Book.
Ramai yg gunakan grommet/eyelet utk cantum busy book.

2 tahun yg lepas saya cuba letakkan grommet/eyelet pada helaian felt. Selepas beberapa kali tarik felt dari pelbagai sudut, felt mula terkoyak dan grommet/eyelet tercabut (safety testing). Jadi saya skip penggunaan grommet/eyelet pada felt.

Saya cuba pada beberapa helaian kain cotton/stabilizer. Hasilnya lebih kukuh. Jadi saya gunakan pada busy book saya.

Selepas beberapa bulan, grommet/eyelet tu mula tercabut (boleh tgk gambar).

Jadi sekarang saya dah tak guna grommet/eyelet ni. Risau bila tercabut, si adik main dan ambil masuk mulut. Sekarang part lubang saya sulam. (tapi perlukan mesin sulam. Boleh juga kalau nak jahit tangan)

Ini antara safety yg saya pentingkan dlm penghasilan busy book.
Saya tidak jumpa cara yg betul2 secure utk menggunakan grommet/eyelet.

Selain eyelet, busy book boleh dijahit terus cuma perlu lebih nipis.

Tips dari Huda (Tulip Petals)

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress