Kisah Tulip Petals Tips & Tutorial Busy Book Malaysia

Busy Book – Belajar Benda Baru

Busy Book Pages

 

Banyak perkara baru saya belajar sepanjang jahit busy book.

1) Smoke and pets free
– Saya jual ke luar negara, mmg ramai yg jual produk handmade dari rumah. Ada customers yg mementingkan bahawa produk dibeli disiapkan dalam persekitaran smoke and pets free.

2) Parts kecil tidak sesuai untuk anak bawah 1 tahun.
Customers tanya sama ada setiap part dijahit atau digam dan ada yg minta tidak dimasukkan sebarang butang dlm busy book yg ditempah.

3) Ambil tahu tentang Autisme.
– Seorang ibu tempah busy book untuk anak kesayangan yang autisme. Saya mmg tiada ilmu cuma saya katakan, pilihan aktiviti ikut apa yg kita rasa anak minat.
– Sejak itu kalau keluar isu autisme di tv, mata dan telinga saya akan fokus pada tv. Info2 yg org share di fb akan saya ambil tahu.

4) Ambil tahu tentang speech therapy.
– Seorang ibu tempah busy book untuk proses terapi anaknya. Saya mula ambil tahu apa perkara penting utk membantu proses terapi percakapan.
– Alhamdulillah terapi anaknya berjalan baik dan perlu ada penambahan baikan dlm busy book.

5) Font yg simple dan mudah dibaca
– Saya pernah guna font yg saya rasa comel utk Cover Name .
– Customer minta tukar sebab ada huruf yg agak confusing utk kanak2 baca.
– Sejak tu, saya agak hati2 bila memilih font. Tak fancy takpe, biar simple dan senang dibaca kanak2.

* Saya mengurangkan perkara fancy dlm busy book saya kerana ianya akan menambah kerja + masa.

* Saya lebih utamakan perkara yg membantu proses development kanak2 dan anak2 saya sendiri dijadikan kayu pengukur. Background saya dlm bidang “System Integration” jadi semua ilmu pasal child development ni dari pembacaan dan praktikal pada anak2.

* Setiap anak adalah unik, ada yg cenderung kpd A, ada yg cenderung kepada B, C, D.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress