Kisah Tulip Petals

Orang copy Katalog Kita

Copy 1 copy 2 copy 3

 

Saya kurang sihat beberapa hari. Berjangkit2 dari demam, selesema, batuk. Tapi dah nak baik alhamdulillah.
Tadi saja google nak cari something tapi terjumpa benda lain.

1) Video Busy Book Tulip Petals saya di buang bahagian depan sbb ada tulisan Tulip Petals dan watermark “fb: Tulip Petals” pula ditempek dgn nama lain. Saya jumpa video ni dlm Youtube. Video asal saya hanya di Facebook.

Video asal di sini dan org dlm video tu pon saya sendiri.
https://www.facebook.com/TulipPetalsCraft/videos/855365067887527/?video_source=pages_finch_main_video&theater

2) Tulisan “Busy Book Pages Tulip” pada katalog saya ditempek dgn nama lain.

Katalog asal Busy Book Tulip Petals di sini ya:
https://www.facebook.com/media/set/…

Busy book ni aktiviti dia lebih kurang je antara satu dgn yg lain. Busy Book saya pon tiada hak cipta terpelihara, sesiapa nak ambil idea utk buat sendiri dan jual pon saya tak kisah. Tapi tak nak lah sampai ambil gambar dan video saya yg dah letak watermark dan diubah letak watermark sendiri. Tak best lah mcm tu.

Saya dulu masa guna idea crafter lain, saya tulis siap2 dari siapa saya ambil untuk dijadikan idea dan ditulis nota bahawasanya apa yg akan saya buat takkan sama dgn contoh sbb tu bukan hasil saya. Saya cuma ambil idea.

Ok just reminder.


Tempahan Busy book slot Mac akan dibuka akhir Januari tahun depan.
Tak mau mintak selit2 ya. Hihi.

Saya WAHM dgn 2 anak kecil. Please no calls. Tak bestlah angkat call je, anak nangis2 kan. Hihi. Anak pon x sampai setahun jadi mcm2 lah ragamnya. Apa2 whatsapp atau pm di fb ya.

Terima kasih semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress