Ke Tadika

User comments

Harini pertama kali Maryam dapat pakai baju sekolah, Alhamdulillah ada jiran berikan yang anak dia. Baju sekolah yg ditempah belum siap. Maryam excited sebab dari first day masuk sekolah nak pakai baju ni.

Saya tak pernah nak cepat2kan Maryam masuk tadika, umur dia belum 3 tahun setengah lagi. Tapi memikirkan dia sangat suka berkawan, minat dengan buku(macam mama dia), saja try hantar. Hari pertama dia sangat excited tapi nama masuk waiting list sebab pendaftaran penuh. Hari esoknya cikgu call kata boleh masuk, jadi Maryam start hari ke 3 persekolahan.

Hantar je ke sekolah, tinggal terus dan mai ambil tengahari, Alhamdulillah sangat mudah, tiada drama dan balik sekolah hari2 ada je cerita pasal sekolah.  Saya anggap dia memang suka sekolahnya setakat ini. Yg sweetnya, setiap kali balik, mesti cari adik dulu. Rindu.

Dulu2 bila tau saya tak kerja di luar, ada je orang sekeliling cakap “Tak susah ke dia nak berkawan nanti?” , “Oo patutlah dia berkepit dengan mak” . Tapi saya kata pada diri sendiri, kena yakin yang dia ni nanti pandai bawak diri macam mama dia jugak. hihi . Sebenarnya Maryam ni serba serbi kena buat sendiri memandangkan mama dia di rumah bekerja dan banyak kerja. (Housewife memang banyak kerja, sama je dengan working mom, skope kerja saja yang berbeza)… Memang sifat mama n papa dia kot, semua train utk fikir dan buat sendiri. Saya yakin dari situ akan wujud sifat suka explore , pandai berdikari,  yakin pada diri sendiri.

Saya memerhati sendiri bagaimana anak2 di jerman yang sangat berdikari dari usia persekolahan. Pergi sekolah boleh naik bas dan tukar underground sendiri, ikut peraturan melintas (bab undang-undang jalan raya ni sampai ke tua sangat berdisplin) . Mereka pandai express pendapat, jenis suka explore. Jadi harap-harap Maryam juga macam tu nanti, InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!