Tips software sulam 1 – Pe Design

[Sembang software sulam]

PE Design
Ini antara harta penting selain mesin sulam.

Masa nak pindah Mei 2015, ini antara barang last saya packing, sbb nanti dah sampai rumah baru, urgent sgt nak guna. Waktu tu baru settle down, habis cuti berpantang dan baru start ambil semula tempahan bantal.

Tapi dah sampai rumah baru, cari punya cari tak jumpa??. Misplaced jugak benda ni. Geledah habis kotak2, beg, plastik. Risau sgt kalau betul2 hilang, tak mampu dah nak beli yg lain??. Dan due date sgt dekat sbb hari guru.

1 hari fokus mencari, rupanya dalam beg yg pack akhir sekali. Kiki.
Masa kalut2 ni, mmg kerja pon tak menjadi. ??

Masa tu agak kritikal, tapi Alhamdulillah dapat siapkan semua tempahan ikut masa. Barang2 rumah unpack sambil siapkan bantal. Bilik jahit antara yg mula2 kena set up. Sejak2 beli mesin sulam ni, saya agak addicted dgn menjahit, tapi yg berkaitan mesin sulam lah. ? Kalau mesin biasa, slow sikit.

Jadi sekarang saya tak ambil dah tempahan yg urgent sbb jadual harian yg tak menentu.

Ada sesiapa yg guna software ni jugak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!