Tips sulam 6 – Memilih Mesin Sulam

1) Tahu projek apa yg kita nak buat/try
– keychain
– sulam towel/baju/sarung bantal, pencil case
– organizer/beg
– busy book
– boleh google2 dulu contoh.

2) Utk hobby/bisnes
– kalau bisnes, mungkin nak yg lebih laju so dpt siapkan banyak dlm satu masa. Ingat ya, mesin pon kena rest, hanya boleh run beberapa jam sehari mengikut jenis mesin.

3) Hoop/Frame size – kawasan tempat sulam (ukur guna pembaris ya utk bayangkn)

– antaranya 10cmx10cm, 18cmx13cm, 30cmx20cm

– bergantung pada projek yg kita nak buat.
– kalau keychain, sulam sarung bantal simple, pencil case boleh hoop saiz 10cmx10cm.
– tapi kalau kita nak kawasan sulam tu besar, recommended kumpul duit, beli yg ada hoop lebih besar. Boleh juga buat multiple hoop (tukar2 hoop) tapi agak renyah dan makan masa. Letih tau tukar2 hoop ni.

– utk mesin yg 10cmx10cm, ada optional hoop besar sikit tapi perlu software. Saya x pernah buat jadi belum ada tips.

4) Pilih dealer.
– Cari yg boleh tunjuk demo, kalau tak, memang blur nanti.
– Biasanya demo boleh buat di kedai atau masa hantar mesin ke rumah.

5) Design connectivity (usb, link, card reader)
– kalau takde usb, kena sambung mesin ke pc/laptop

6) Software
– kalau nak guna design yg dah ada dlm mesin, tak perlu software.
– guna design direct dari yg kita beli pon, tak perlu software
– software perlu kalau nak edit sikit2, merge atau buat design baru dan perlu belajar (takde jalan pintas) .
– software ada banyak jenis, harga mengikut features yg ada.

7) Tahu mana nak cari bantuan kalau mesin ada masalah.
– dapatkan alamat pusat servis berdekatan (contact)

8) Material utk sulam
– Tanya dealer kat mana kedai berdekatan utk dptkan benang sulam, kertas gam, gunting dan apa2 saja material berkaitan sulam.

Ok, setakat itu dulu tips. Nanti saya share model mesin sulam (Brother saja, Janome saya takde info ya).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!