Terapi World Map

world-map-decoPeta dunia ni saya usung setiap kali pindah dan tempek kat tempat yg mmg lepak hari-hari, of course lah katil. (tak bawak balik Malaysia).
Dulu dalam kesejukan, selubung dalam duvet, baca buku sejarah dan refer je kat peta sebelah. Saya mula minat sejarah dan geografi sejak duduk di Jerman sebabnya best bila tahu kisah-kisah di kawasan sekeliling dan sedar dunia ini sgt luas.

Kalau baca sejarah tapi kita tak boleh imagine kat mana peristiwa tu terjadi, memang susah nak faham cerita nya.

Tengok map ni saja pon boleh jadi terapi, sambil cari
– negara paling kecil/besar
– negara di sekeliling Malaysia
– negara bentuk macam boot

Nak travel europe pon usha peta ni, baru boleh plan destinasi, perjalanan, nak kena naik tram/train/kereta/bas/flight.

Baca sejarah sambil imagine dalam peta ni:
– Penaklukan Andalusia (Kawasan dalam Sepanyol) oleh Thariq bin Ziyad yg berasal dari Afrika Utara
– Sejarah di kawasan Arab
– Kedatangan Islam di Sicily, Italy
– Perjalanan tentera Monggol dalam misi menakluki Baghdad

Bila ada isu dunia semasa pon refer peta so boleh imagine kat mana benda tu terjadi dan risiko di negara sekeliling. Antara peristiwa penting masa masih di sana:
– Revolusi Tunisia
– Kebangkitan rakyat Mesir

Dah lama sebenarnya tak baca buku sejarah macam dulu2.

Antara wishlist saya sekarang, nak buat quiet book/ busy bag yg ada aktiviti berkaitan world map utk maryam, amina. Masih mencari idea.

Bila tanya maryam, kat mana Korea, dia jawab dekat Jepun. hihihi hasil hari-hari baca komik pengembaraan ke Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!