Busy bags dan organizer bag.

Busy bags dan organizer bag.


Antara bahan yg saya beli dan kumpul dari maryam kecil pom pom, ice cream stick, pencil colours, crayons, pipe cleaners, balloons, magnets, buttons, straw, dan getah. Semua saya sayang.
.
Banyak cara dah saya cuba organize. Pernah guna zipper plastic, plastic ware, dan files tapi tetap tak puas hati. Zipper plastic susah nak susun, lepas tu koyak. Plastic ware perlu lebih space dan lama2 ada yg pecah. Files koyak juga.
.
Maryam nak masuk 4 tahun, baru dapat idea macam ni, memang kerja lebih sikit tapi puas hati sangat semua tersusun rapi. Saya ni jenis kalau boleh semua nak sama saiz, nampak teratur je. Tak tau penyakit apa ntah. Dulu2 lagi teruk, sekarang boleh tolerate dah..Hehe
.
Ni buat sikit-sikit, dah try guna sistem macam ni beberapa bulan jadi rasanya ini lah sistem simpan bahan kecil2 yg saya cari selama ni.
.
Ada 3 jenis bag.

1) Busy bag beserta aktiviti


Macam busy book tapi satu aktiviti setiap bag. Banyak lagi aktiviti baru dalam queue.

2) Organizer bag beserta nama.


Untuk simpan bahan-bahan belajar. Ada nama, so cepat nak cari bag.
Tapi maryam bezakan ikut design bag sebab tak reti baca lagi, jadi nampaknya tak boleh lah guna design sama.

3) Peekaboo bag. ( Ada clear window)


Untuk simpan benda lain, kena intai2 bag masa nak cari.
.
Maryam pon dah janji nak main nanti ambil satu-satu, lepas tu simpan balik.. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!