Hasil Mesin Sulam

Wishlist 12: Long wallet first trial

Yang mana satu pilihan hati? ^_^
..

First time ni jahit wallet .
Semua jahit guna mesin sulam, intermediate level project. Ni buat banyak bukan sebab terlebih rajin, tapi tersilap step. Hehe. Design pon dah lama tersimpan dalam laptop, antara wish list yg tengah beratur.
.
Masa nak sulam yg first, confident je takkan silap walaupon confuse sikit2. Sekali dah terbalikkan… Alamak…
Ok, takpe, cari kain lain buat lagi. Kali kedua mesti tak silap, buat pon laju sikit. Dah siap, terbalik… Alamak tempat yg sama, kesilapan lain. Kecewa tau D: . Kena stop, rehat.
.
Kali ke 3 ada common sense sikit sbb dah rehat, barulah siap tanpa cacat cela. Hehe
Ok, dah ada purse baru utk ganti purse kesayangan yg dah makin uzur.

2 lagi tu nampak gaya bagi Maryam & Amina main lah.

Macam ni lah try & error jahit guna mesin sulam. Best pula jahit wallet ni. Projek penutup 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress