Switzerland yang begitu mendamaikan

zermatt-switzerlandDulu, kedatangan snow memang sangat ditunggu-tunggu. Sejuk yang amat tapi begitu mendamaikan.
.
Ini salah satu tempat yang menggamit memori. Sepanjang dalam keretapi, kita dihidangkan dengan pemandangan gunung-gunung bersaluti salji, sungai yang jernih mengalir perlahan-lahan. Perjalanan yang jauh kurang terasa penatnya kerana kita leka merenung alam semula jadi. Memang teruja melihat kampung-kampung kecil di sepanjang perjalanan.
.
Tapi tempat ni serba serbi perlu duit, memang kat sana dulu berjimat cermat seboleh yg mungkin. Makanan masak sendiri, pergi jalan bawa bekal dan ski pon tak main sebab luar bajet. At last nordic walking saja (berjalan merentasi gunung). Kat kawasan tertentu kedalaman saljinya hampir mencecah pinggang, memang mencabar emosi dan fizikal. Tapi pemandangannya Subhanallah memang cantik sangat.
.
Pada saya, Switzerland adalah negara yang paling cantik yang pernah saya lawati di eropah. Cantiknya Swiss kerana alam semula jadi yang dijaga rapi. Kerbersihan menjadi perkara utama. Tetamu diraikan. Pergi sana tak perlu fikir shopping sebab jalan-jalan tengok alam pon dah puas.
.
Kalau nak honeymoon Eropah, sesuai sgt Swiss ni. Musim lain pon cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!