Kehidupan

Memori #4: Dia sudah pergi

Dia sudah pergi.
Memori Jerman #4
..
Semasa berjalan ke supermarket, sekali lagi ternampak seolah-olah kelibat dia memandu kereta. Mungkin disebabkan masih terngiang perbualan kami tempoh hari.
.
Semester itu saya pulang ke Malaysia untuk mencari kekuatan. Kehidupan semasa tahun-tahun akhir di Jerman sangat mencabar sehingga saya mengalami tekanan perasaan. Sebelum ke airport, sempat selitkan nota dalam peti surat tuan rumah memberitahu saya bercuti beberapa bulan.
.
Semasa di Malaysia saya kumpul gambar-gambar keluarga dalam “folder” untuk ditunjukkan kepada tuan rumah apabila balik ke sana semula. Sudah beberapa kali dia minta sebenarnya.
.
Sampai di Jerman, esoknya saya keluar mencari barangan keperluan dan terserempak dgn tuan rumah, dia nampak agak tergesa-gesa. Tapi saya tetap juga tegur dan bagitahu dia, ada banyak gambar nak tunjuk.

Dia tenung saya dan cakap “Nanti isteri saya sedar, kita tengok sama-sama. Nanti kami jemput datang rumah.” Terkejut saya. Rupa-rupanya isteri dia koma di hospital. Tak terluah nak tanya kenapa. Dia perlu ke hospital masa tu.
.
Beberapa minggu kemudian, jiran tekan loceng. Katanya Herr Sternemann sudah meninggal dan telah dikebumikan. Mungkin salah dengar, mungkin isteri dia yg meninggal. Confused. Dia ulang beberapa kali bagitahu tuan rumah yg meninggal. Isterinya masih koma.

Tutup pintu, tak terkata apa.

Dapat menyewa dari tuan rumah yg sangat baik di sebuah negara asing merupakan satu rahmat yg begitu besar.

Umur mereka menghampiri 80 tahun, tiada anak tetapi begitu mesra.

Mereka sama-sama menjalankan perniagaan bakeri semasa muda, mempunyai beberapa unit appartment dan unit kedai untuk disewa.

Setiap kali winter mereka pergi bercuti bermain ski. Di akhir usia tetap juga pergi bercuti bersama, cuma tiada lagi ski.

Seringkali nampak mereka berdua berjalan berpimpinan tangan, yang merupakan kebiasaan masyarakat Jerman.

Kadang-kadang dia telefon, jemput turun ke rumah mereka untuk berbual sambil minum jus.

Paling terkesan, sempat lagi sediakan hadiah sempena harijadi ku di perantauan. Katanya saya tiada sesiapa di sana, mereka mahu saya gembira berada di rumah itu.
.


Gambar: Surat dari agen yg mengambil alih pengurusan sewa rumah bagi pihak isterinya. Cari benda lain, terjumpa surat ni. ­čśů

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress