Memori #2: Gelabah Barang Pecah- First time Ebay

Gelabah Barang Pecah- First time Ebay
Memori Jerman #2
..
Ebay ni best sebab boleh bid, masa tu “Buy it Now” pon kurang. Pindah rumah sewa, teringin nak beli cermin, jadi kita usha Ebay nak cari yang murah dan boleh berdiri supaya tak perlu tebuk dinding.
.
Dah jumpa cermin yang ok harga, saya pon mula bid. Kalah. Bid lagi listing lain, kalah. Bid lagi, kalah. Dah banyak kali cubaan tak menang-menang juga, give up dah, terus “Buy It Now” dan bayar melalui bank transfer.
.
3 hari kemudian parcel sampai, excited sangat tapi ada bunyi pelik bila tarik parcel. Lepas buka, mak aihhh retak beribu dah. Gelabah sangat masa tu OK. Terus telefon currier sebab ada nombor currier kat slip, tak ingat melalut dalam english atau german. Yang pasti customer service tu faham, dia pesan kena report balik pada seller. 😅
.
Lepas dah tenang sikit, saya email seller kata cermin pecah. Sekejap je tunggu, dia reply kata Ok, nanti pihak mereka akan pos balik. Dalam hati ni tak berapa yakin sebab gambar pon dia tak minta dan takde tanya apa-apa pulak tu.
.
2 hari lepas tu parcel sampai dengan selamatnya. Senyum gembira. Mujur pengalaman pertama ni ok, kalau tidak, mesti susah nak beli kali kedua.
.
Lama-lama dah cekap bid ebay. Siapa yg pernah bid ebay ni mesti tau debaran di saat akhir sebelum masa penamat. Waktu ni jangan sesiapa pon ganggu. 😂😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!