Jahit Pinggan Kertas

Jahit Pinggan Kertas
STEAM Activity #6
..
Semalam mama suruh maryam tidur awal siap pesan esok kena bangun awal walaupon cuti.
“Kenapa maryam kena bangun awal? “
Jawab tanpa berfikir “Sebab maryam kena tolong mama jahit.” 😂😂 nampak sangat duk teringat mesin jahit.
.
Pagi lepas dia bangun, main, makan, mandi, main, mama pon nak start on mesin. Terus dia tanya “maryam kena jahit apa?”. Alamak janji apa yg mama buat ni, adoi. Otak ligat pusing, takde idea, tanya dia balik “Maryam nak jahit apa?”
.

“Hmm, pinggan lah”. Terus mama buka harta karun, cari benang dengan jarum, maklumlah lama dah tak jahit tangan.
Dia pon pilih warna benang, cucuk satu-satu sampai letih. Tertunailah janji semalam.
.
Ni dah kali ke 3 kot dia jahit pinggan, jadi tunjuk sekali je, pandailah dia cucuk sendiri. Budak 4 tahun lebih pon sebenarnya dah boleh pegang jarum betul yg besar, dia fokus je cucuk dengan berhati-hati.
.
Benang tu semua harta karun dari Jerman, simpan je walaupon dah tak guna, harap2 akan berguna satu hari nanti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!