Kehidupan

Memori #1: Lap lantai yg basah masa wudhu.

Lap lantai yg basah masa wudhu.
Memori di Jerman #1
..
Sebelum tarikh ke Jerman, saya diuji demam dan selesema menyebabkan sepanjang dalam flight MAS, kepala sakit, perjalanan 12 jam terasa sangat lama. Ok, memang lama pon. Setibanya di Frankfurt Airport, kami disambut pegawai dan diminta solat subuh di satu sudut airport. Surau tak pasti dah ada ke masa tu.
.
Jadi kami ke tandas untuk wudhu. Kiranya ambil dekat sinki saja. Macam-macam gaya dalam tu, tengah ambil wudhu ada orang masuk, terkejut dia tengok lantai toilet basah, terus ditegurnya sikap kami tadi. 😂😂
.
Sejak hari tu saya berhati-hati bila ambil wudhu di sink tandas awam. Bila air kena atas lantai, ambil tisu dan lap balik. Kiranya kita dah guna tempat orang, kena pandai jaga. Seperti juga makan di mana-mana restoran fast food, tray, pinggan, cawan, sisa makanan akan di letakkan sendiri di tempat sepatutnya, tiada orang yg datang kemaskan meja kita. Ini salah satu sikap mereka yang sangat saya puji.
.
Cerita pasal lantai basah tadi, lama-lama bilik air kat rumah sewa pon saya letak floor mat supaya tak basah. Kalau basah, seksa tau nak pijak lantai bilik air sebab sejuk sangat, tambahan sentiasa berstokin dan berkasut masa winter.
.
Tapi kat Malaysia tak boleh lah buat macam tu sebab sistem kita berbeza. Nak letak mana floor mat tu? Kan satu bilik air memang akan basah, kecuali bilik air rumah tu design mcm oversea, shower asing dan ada curtain atau pintu. 😊😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress