Kehidupan

Memori #3: Lukisan mengubah Persepsi

Lukisan mengubah Persepsi.
Memori Jerman #3


Berada di kelas sains menyebabkan persepsi pada waktu tu hanya bidang sains yg boleh membawa diri jauh ke depan. Biasa dengar kan?

Namun sepanjang di perantauan, muzik jalanan, seni lukisan, pertunjukan jalanan mengubah persepsi. Semua ini elemen penting untuk menaikkan mood dan suasana di sesuatu tempat tumpuan.

Gambar ni semasa di Florence, Italy, negara yg terkenal dengan seni lukisan dan ukiran. Memang menenangkan jiwa melihat pelukis melakarkan karya di atas jalan, canvas ataupon kaca. Satu jam saya perhati seorang budak melukis pemandangan di atas kaca sebelum membeli satu sebagai cenderamata. Harga €5 ke atas. Saya jangka usianya belasan tahun dan dia dapat siapkan beberapa lukisan setiap jam tau. Kreatif kan cara cari pendapatan? 😄

Pada saya, jika seorang anak mempunyai minat yang mendalam dalam bidang bukan sains seperti seni lukis, masakan, muzik, jahitan, hiasan, bercucuk tanam dan sebagainya, kita boleh bantu gilap bakat dia sehingga menjadi professional dalam bidang tersebut seterusnya menjadi kerjaya. Semua bidang ada potensi. 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress