Paper Plate Cat & Butterfly.

Paper Plate Cat & Butterfly.
STEAM Activity #2.
..

Maryam pilih nak kucing dan rama-rama. Bila nak buat sesuatu aktiviti, saya selalunya bagi Maryam pilih sendiri untuk menaikkan self-esteem dia. Plate pon pilih sendiri nak warna apa.
.
Material:
+ Paper Plate yg di cat dengan watercolour
+ Felt perca
+ Pipe cleaner
+ Butang
+ Gam
+ Gunting
+ Pen untuk lakaran
.
Saya lukis dulu mata, hidung, telinga, kepak rama-rama atas felt dan minta maryam gunting. Terima je guntingan dia yg senget tu (seni ni), untuk melatih fine motor skill jari-jari. Huruf C tu takde dalam plan, dia sendiri gunting cakap buat C. 😃
.
Lepas tu minta maryam susun semua dan gam. Yg ni asalnya mata kucing berterabur, takpe kita perbetul. Rama-rama pula dia decorate sendiri. Picit gam sebanyak yg mungkin dan susun butang.
.
Sambil buat, kita boleh sembang rama-rama ada kepak untuk terbang, sesungut untuk kesan angin dan bau, senang lah nak cari madu.
.
Lepas tu nyanyi lagu didi “Rama-rama terbang tinggi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!