Susun ikut warna dan kira

Susun ikut warna dan kira.
STEAM Activity #3.

Pertama kali buat kerja melibatkan butang bersama Amina. Selalu buat sorang diri sebab risau ada kejadian tak diingini. Jadi, kali ni cabar diri sendiri, walau apa pon jadi kena tenang 😄😄.
.
Mula-mula Amina duduk, mama bagi pegang bintang. Lepas tu Maryam pergi ambil butang epal, dia tau kat mana sebab dia yang simpan dalam bekas.
.
Mama pon terus bagi aktiviti kat Maryam, minta asingkan warna dan kira setiap warna, sambil belajar nama warna dengan Amina. Maryam tengok Amina tenang je, dia pulak yg tak senang, maka bermulalah drama😂.

Dia ambil bintang, Amina marah, pang, habis berterabur segala butang atas lantai sambil tepik marah kat kakak. Kita memang takleh tengok benda kecik berterabur sebab tak sanggup kutip, dengan bising lagi.

TARIK NAFAS, ingat misi awal tadi, fikir solution.
.
” Amina, mama nak star warna merah, Amina ambik, boleh?”

Laju je kakak turun pergi cari, dengan Amina sekali.

” Mama nak biru dengan pink”

Satu-satu diorang kutip, siap gelak-gelak, main kejar-kejar bawah meja dan akhirnya semua butang selamat atas meja.

Alhamdulillah, berjaya kawal emosi 😄😄

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!