Kehidupan

4 kali practical training

4 kali practical training
Memori Jerman #7

Boleh tahan banyak kan practical training tu 😊😊

1) Practical training 8 weeks – Requirement masuk Fachhhochschule (University).

Kami dikira bernasib baik sebab practical training pertama buat di Jerman. Ada rakan-rakan buat di German Malaysia Institute (GMI), di Malaysia .

Yang ini cikgu kami carikan, kalau tak, pengsan tak tau nak apply macam mana. Interview pertama saya di Jerman, di sebuah kilang kecil berkaitan solar. Mujur cikgu letak 2 orang satu tempat. Masa interview tu kan, tiba-tiba melintas sekor anjing besar, duduk elok depan kami, rasa macam nak melompat. Anjing kot tu, waktu tu terfikir, macam mana nak mengharungi practical bersama anjing besar ni. 😂

Tapi ditakdirkan kami tak dapat sebab bos nak lelaki pulak. Kami dapat buat di sebuah kilang sederhana besar, kerja kami setiap hari pasang fassade. Kilang ni pernah terlibat dalam pemasangan fassade di klcc atau kl tower. Lupa dah yg mana.

2) Practical training 8 weeks – sebelum masuk sem 4. Buat masa cuti semester.

Yang ni kena cari dan apply sendiri, memang apply banyak kilang, tapi tak dapat. Akhirnya hantar surat ke kilang yg kawan pernah buat dulu, terus dapat tapi kena merantau jauh di selatan. Nak lulus punya pasal, semua sanggup, buat pon sorang diri.
Masa tu kerja je ikut apa yg supervisor ajar.

3) Practical traning 5 bulan – sem 5
Yg ni apply banyak tempat, semua kena reject. Sedih tau. Last minute dapat juga, buat kat satu research institute ni, jauh dari rumah, kena travel sejam pergi, sejam balik.

Masa practical ni baru tau langit tinggi ke rendah. Kita expect supervisor akan ajar. Rupanya expectation supervisor pula, bila dia berikan task, kita tau nak buat apa, pilih material yg sesuai, call supplier. Sepanjang kat situ memang saya ni menghitung hari jelah nak cepat-cepat habis. Memang tak capai seperti apa yang supervisor harapkan. 😂

4) Practical training 1 sem – sem akhir (final thesis).
Yang ini boleh pilih nak buat di kilang, research institute atau Fachhochschule (university). Of course memang apply banyak tempat, dapat juga interview 1 tempat tapi akhirnya pilih buat di Fachhochschule sebab Professor offer tajuk menarik.

Masa ni dah prepare diri dan expectation macam training sem 5. Maksudnya Professor bagi task dan pandai2 cari semua sendiri dan lepas tu report pada Professor setiap beberapa minggu.
.

Practical training pertama, kedua dan ketiga hanyalah requirements, tiada markah langsung.

Final thesis ada percentage markah dan penting buat tajuk yang kita suka, supaya senang nak dapat markah tinggi, barulah cantik markah keseluruhan. Kalau buat benda tak suka, silap hari bulan gagal terus.

Macam tulah belajar kat sana, banyak practical dan lab. Sebelum start university pon dah kena buat practical. Lab pula ada yg best, ada yg begitu menggerunkan. 😊😊

Terima kasih kerana terus membaca tulisan yang panjang lebar ni 😊😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress