Memori #5: Ahad, hari yang tenang, kedai pon tutup.

Ahad, hari yang tenang, kedai pon tutup.
Memori Jerman #5.
..
Apa agaknya respon kita kalau kerajaan cadangkan semua kedai dan pasaraya tutup setiap Ahad? 😂😂
Agaknya apa aktiviti kita setiap Ahad?
.
Ramai yg kata Jerman ni bosan, antara sebabnya hari Ahad semua kedai tutup kecuali restoran. Barangan keperluan perlu dipastikan cukup sebelum Ahad.
.
Jadi apa aktiviti biasa mereka pada hari Ahad?

1) Lepak.
Jalan atau berbasikal dan lepak di taman, tasik dan tepi sungai Rhein sambil makan, borak, baca buku dan main bersama rakan atau keluarga.

2) Ramai-ramai naik keretapi.
Naik keretapi satu keluarga ke bandar sebelah, masuk zoo, naik kereta kabel atau ke tempat-tempat menarik. Universiti lama macam Universiti Bonn pon boleh jadi antara tempat yang menarik sebab pemandangannya sejuk mata memandang.

3) Coffe & Tea
Bersantai di kedai aiskrim atau restoran sambil minum teh/coffee dan makan kek & puff atau aiskrim.
.
Jadi walaupon kedai semua tutup, banyak aktiviti bersama keluarga yang dapat dilakukan. Sistem pengangkutan awam yang terbaik di eropah sangat membantu pergerakan mereka di hujung minggu. Tak susah nak jalan satu keluarga dengan naik keretapi, tram dan bas. Makanan boleh bawa siap-siap dari rumah.
.
Saya rasa sesiapa yg pernah berada di sana memang merindui sistem pengangkutan awam, taman, tasik serta sungai mereka termasuk aktiviti berbasikal yang menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!