Awal-awal belajar sulam manik dan benang

Awal-awal belajar sulam manik dan benang
Memori Jerman #6
Perjalanan belajar saya di Jerman mulanya agak baik, hinggalah satu masa saya gatal pergi daftar major yang dikatakan sangat mencabar, kononnya nak cabar diri juga, tambahan pula saya pon tak tahu nak belajar apa pada masa itu.

Selesai industrial training selama 5 bulan, ada 1 lagi subjek lepas yang belum lulus dan rupanya jika belum lulus subjek tersebut, ada 2 subjek lain yang tak dapat daftar lab, sudah tentu tak boleh exam juga dan pasti perlu extend semester. Katanya faktor keselamatan. Kelas dan tutorial mesti pergi sebab kami Diplom terakhir. Jadi saya selesaikan dulu subjek mudah.

Namun, di saat inilah bermulalah hidup yang penuh stress sampai saya ni setiap kali bangun takde semangat. Positive thinking tu dah takde, hilang pergi ntah ke mana. Semua event student Malaysia mahupon jamuan raya saya tak pergi. Dah takde call kawan-kawan sebab taknak orang tanya pasal study. Stress sangat-sangat tau. Rasa macam dah hilang value. 😒😒

Banyak kali merenung masa depan, akhirnya saya katakan pada diri sendiri, saya perlu asah skill lain sementara semuanya kembali baik. “Hand embroidery” nampak menarik, saya mula menggoogle asas dan bahan keperluan. Translate setiap satu ke bahasa Jerman sebab nak beli barang kat ebay. Di Jerman, urusan harian, urusan rasmi, perjanjian sewa beli, kelas, tutorial, training, report dan projek semuanya dalam bahasa Jerman tau.

Masa tu lah saya belajar tentang pen kain, jarum halus manik, jenis benang sulam tangan, ram/hoop, water soluble stabilizer, jenis manik​ dan asas yang lain. Banyak juga teknik-teknik jahitan yang saya cuba.

Menyulam manik dan benang ketika itu menjadi terapi untuk saya terus bersemangat bangkit setiap hari. Ianya tidak mudah, saya jatuh kembali.

Dalam gambar ni gabungan sulaman benang dan manik, jahit tangan masa kat Jerman. Masa tu, baju ni je yg sesuai jahit. 😊😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!