Carta felt huruf dan suku kata

Semalam masa ambil maryam, cikgu pesan tolong tengok abc maryam sebab ada huruf yang dia tak kenal.
..
Saya: huruf apa ya yang dia tak kenal?
Cikgu: huruf yang susah
Saya: huruf apa ya yang susah? (saya tak pandai nak teka ni)
Cikgu: macam huruf “w”. Minggu lepas ajar, esok tu ingat lagi. Minggu ni dah lupa.
Saya: ok saya tengok nanti. Cikgu guna kaedah phonic atau mengeja.
Cikgu: dua-dua. Eja dulu baru sebut macam ‘ba’. Kalau tak kenal lagi huruf, tak boleh belajar suku kata.
..
Sementara nak sampai pintu rumah, otak ligat berfikir. Selama ni saya tak pernah tekankan kenal huruf, tapi ajar membaca sebutan. Bila baca buku cerita pon macam tu, sebut terus suku kata. 😵

Sekarang kena fikir solution tapi cara belajar mestilah santai. Dia belum lagi 5 tahun, saya fikir tak perlu risau sangat tapi kesian juga kalau tersekat tak boleh belajar suku kata lagi nanti sebab maryam suka baca buku.
.
Lepas lunch terus hold semua projek, buat operasi carta ni.


Saya cari, download dan install font yang paling sesuai dengan asas belajar membaca, kemudian digitize simple2, sulam huruf dan jahit carta. Saya memang fikirkan cara yang paling cepat tapi tahan lama.
.
Petang dah boleh guna yang asas dan dapat kenal pasti huruf mana yang dia selalu tertukar.

Carta ni ada poket untuk letak barang/gambar kata nama yang ditampal supaya lebih mudah ingat dan baca. Banyak bahan dalam busy book yg boleh digunapakai selain barang sebenar yang ada di dalam rumah.

Carta pula ditampal tepi meja, jadi setiap kali lalu boleh baca perkataan tertera.

Huruf dan suku kata saya tak guna warna warni.
Bakground putih, huruf dan suku kata warna hitam dan merah seperti dalam buku cerita supaya lebih mudah dibaca.
.
Projek ni akan terus berjalan sebab suku kata akan bertambah dari 2 huruf ke 3 huruf.

Fuhhh, lega dah mula, asalnya projek dalam queue, plannya lambat lagi nak mula tapi sebab cikgu pon dah pesan, saya jadi tak senang duduk. Nasib baik semua bahan ada.

Menulis pon panjang lebar ni😂😂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!