Kehidupan Kisah Tulip Petals

Belajar menjual di e-commerce

Belajar menjual di e-commerce
Memori Jerman #9

Awalnya saya belajar menjual di eBay tapi saya rasa tak cukup sekadar di ebay. Tamak lah juga ni. Saya memang bertuah sebab partner saya sangat minat dengan IT jadi bina webshop sangat ideal untuk belajar sesuatu yang baru.

Waktu tu di Jerman susah nak jumpa kedai online tudung seperti di UK dan USA. Selepas menilai beberapa perkara, saya buat keputusan ambil stok tudung dari USA dan jual di Jerman. Lebih kurang bawa masuk fashion baru lah ni.

Partner saya pula mula operasi belajar bina webshop. Memang banyak jalan yg kami lalu. Mulanya guna platform Wosbee tapi tak boleh buat multi language, jadi tukar pada yg lain. Akhirnya berjaya guna platform Prestashop. Dalam masa tu banyak selok belok website development yang saya belajar dari partner saya dan ini juga sangat membantu saya menyelesaikan thesis akhir semester. Walaupon topik, language dan penggunaan platform adalah berbeza antara keduanya, namun cara dan jalannya hampir sama.

Selepas webshop dilancarkan, memang seronok sangat. Kemudian kami belajar lagi benda lain macam adwords, adsense dan tulis blog. Kedai online kami dapat customer dari Jerman, Ireland, Switzerland dan Austria. Itu sebabnya webshop perlu ada bahasa Jerman dan Inggeris.

Semua ni berlaku sebelum saya despress dengan study tau.

Tapi webshop tu tak bertahan lama, saya tutup terus lepas sedar yang setiap online shop wajib paparkan pendaftaran perniagaan. Sesiapa saja boleh report mana-mana kedai yang langgar undang-undang ni. Of course saya tak daftar. Tapi tak kisah kena tutup, saya dah puas hati sebab dapat belajar benda baru di sebuah negara maju.

Sepanjang menjual di sana, banyak benda yang saya belajar contohnya cara menulis detail produk. Yang ini lain kali lah pula tulis. Nak tau ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress