Hasil Mesin Sulam Kisah Tulip Petals

Cara Rekod Perkara Penting

Tahun 2017 saya berazam nak rekod perkara penting dengan lebih teratur.
Setakat ni kaedah manual macam ni lebih mudah dan teratur berbanding menggunakan apps.

1) Bill Book.
Rekod nama, telefon atau fb, bayaran booking, deposit dan baki setiap tempahan. Tracking number sekali.

2) TO DO
Catat senarai kerja yg perlu disiapkan mengikut priority. Dah siap, tick saja.
Catat juga segala idea yg terlintas. Nanti bila buntu, letih dgn rutin, kita tengok balik idea tu dan buat.

3) Tunai keluar masuk
Rekod semua tunai masuk dan keluar melalui bank atau cash. Akhir bulan boleh masuk sekali gus dalam excel akaun.

4) Suppliers
Catat senarai barang dan harga yg dijual supplier tertentu semasa survey fb pages.
Nanti bila perlu beli, refer buku dan terus contact. Tak perlu browse balik gambar dalam page supplier. Penat sebenarnya cari barang ni. ­čśŐ

Setakat ni puas hati guna cara ni, rasa lebih tersusun.

Buku pon guna yg kosong kecuali bill book sbb bila buku kosong, terpulang pada kita nak buat sistem macam mana.

Semua buku ni kena sentiasa disusun atas meja, bagi nampak depan mata. Pen pon mesti letak pada buku, memang terus rajin mencatat semua perkara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress