It is ok to fail

It is ok to fail
Memori Jerman #8
..
Belajar di Jerman, gagal peperiksaan bukan perkara pelik. Pelajar diberi peluang menduduki peperiksaan 3 atau 4 kali untuk subjek yang sama. Terpulang pada kita nak ambil exam sejurus selepas habis kelas atau tunggu lepas cuti atau tunggu 6 bulan lagi.

Saya mulanya ambil major yang ramai orang akui susah, tapi saja konon nak cabar diri. Power engineering, memang dengar pon power tapi saya cukup benci kebanyakan subjek dalam tu, termasuk lab. Eksperimen dgn high voltage, supplying power, saya rasa masa depan dah gelap. Saya yakin ini bukan bidang yg sesuai. Tapi tetap juga teruskan walaupon makin ramai rakan kelas yg hilang. (mungkin delay sem, tukar major, tukar universiti atau berhenti terus). Beberapa subjek biasanya percentage gagal sangat tinggi dan ada satu masa tu tak perlu cari nama sebab semua pelajar dalam kumpulan tu gagal.

Sampai satu tahap saya dah percubaan kali ke 3, jadi memang study group sungguh2. Sekali tengok keputusan, gagal juga, kali ni memang nak pitam, sebab 2 subjek akhir dah. Tapi masa tu saya lebih tenang, mungkin kerana dah melibatkan diri dalam usrah semula. Usrah sangat penting kalau belajar oversea kerana ini yg membantu menguatkan diri menghadapi pelbagai cabaran.

Setelah tenang, saya jumpa Professor dan seterusnya bahagian peperiksaan sebab confirm tak boleh teruskan dah. Ada 2 pilihan masa tu, samada tukar Diplom ke Bachelor dan teruskan subjek yg sama atau tetap dalam Diplom tapi tukar major, belajar subjek baru. Bahagian peperiksaan sarankan ambil pilihan kedua sebab rugi kalau tukar Bachelor.

Tau tak saya rasa apa masa tu? Macam nak lompat kegembiraan. Saya ambil pilihan kedua, tukar major dan lupakan kisah lama. Rupanya subjek dalam tu yg saya minat sangat . Masa kena pilih sem 4 dulu, memang tak minat tapi minat tu datang masa buat praktikal sem 5.

Ya, gagal yg memaksa saya memilih jalan baru, jalan yang lebih menarik dan menyebabkan saya rasa ada value semula. Final thesis dalam bidang baru menjadikan perjalanan akhir-akhir di Jerman sangat bahagia, seronok menyelesaikan segala cabaran task yg diberikan Professor. Thesis tu juga banyak mendorong apa yg saya buat sekarang. Akhirnya saya boleh senyum lebar semasa ambil sijil dari ofis.

Pernah dengar tak yang Jerman ni takde majlis konvokesyen? Jadi saya tak pernah memahami keseronokan nak konvo tu tau.

Akhir kata, tak mengapa gagal dalam sesuatu perkara, yang penting kita mesti usaha cari jalan alternatif dan terus bergerak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!