Kehidupan

Mudah betul nak pos di Germany

Mudah betul nak pos di Germany.
Memori Jerman #10
..
Di Germany , kebanyakan kawasan perumahan ada kedai-kedai keperluan berdekatan yg membantu memudahkan urusan harian mereka. Jarak biasanya boleh jalan kaki atau naik tram/bas beberapa stesen. Susah kita nak jumpa shopping complex yg mengumpulkan banyak kedai bawah satu bumbung.
.

Saya mula belajar menjual online semasa tinggal di apartment terakhir. Turun apartment saya tu, jalan 10 langkah ada peti pos. Saya selalu sumbat sampul yg siap bersetem dalam tu. Selalunya pos biasa sampai 1-3 hari, memang efficient.

Jalan lagi 10 langkah, jumpa kedai game yang menjadi ejen Hermes Paket (ala-ala Airpak, Skynet). Sambil jual online, mereka juga menjadi ejen pos. Bijak kan?. Jadi boleh pos kat kedai tu. Kertas sticker untuk print alamat pon boleh minta dari mereka.

Jalan lagi 30 langkah, jumpa kedai Quelle yang famous dengan katalog, ala-ala Cosway. Boleh juga pos kat situ, sebab mereka jual online dan menjadi ejen pos.

Semua kedai ni berada di kawasan Fußgängerzone, kawasan pejalan kaki dan berbasikal. Kereta boleh lalu pada waktu tertentu.
.

Kalau nak hantar guna Deutsche Post (macam Pos Malaysia) atau DHL (milik German) boleh kayuh basikal santai-santai sambil senaman. 10 minit sampai. Masuk pejabat pos, jarang sangat beratur sebab tak ramai orang. Pejabat pos sana tak bergabung dengan urusan lain seperti bayar bil atau renew lesen memandu. Jadi memang laju. Sistem mereka biasanya takde bagi kita setem suruh tampal sendiri. Dia print dan tampal stiker setem pada sampul. Registered mail pon macam tu. Tracking number diprint dan tampal.

Kalau teringin nak guna setem biasa, boleh beli kat vending machine, bahagian luar pejabat pos. Jadi masa pejabat pos tutup pon boleh beli. Kalau tak berapa rajin lagi, boleh beli online setem tu, siap dengan sticker, jadi boleh cabut dan tampal terus.
.

Disebabkan sistem mereka yang sangat mudah, ianya membantu saya untuk belajar jual online. Kalau sistem macam Malaysia, rasanya tak mudah nak ulang alik ke pejabat pos masa belajar. Dengan jalan jem, parking penuh, dan beratur panjang pula di pejabat pos. Tapi sekarang dah biasakan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress