Homeschooling

Pengaruh Cerita Upin Ipin

Pengaruh cerita upin & upin.
..
Mama: Maryam buat apa tu?
Maryam: Maryam tengah jual ni.
Mama: Jual apa?
Maryam: Roti canai macam Mail tu. Mail jual ayam goreng.

Sekeping 5 ringgit tu. Kerusi siap alas lagi sebab dia kata Mail pon alas meja jualan dia. Upin & ipin pon jual kat gerai Mail katanya. Itu antara aktiviti dia beberapa hari ni. Pacak je gerai kat mana-mana dalam rumah ni.

Ini antara sebab saya suka cerita Upin Upin. Recycling, puasa, main ramai-ramai, mengaji, buat kuih tradisional, siap jual online dan banyak lagi perkara yg menarik. Tak dapat dinafikan memang ada beberapa dialog yang saya tak berkenan tapi saya memilih untuk terangkan dan didik.

Masa dia 3 tahun lebih, dia cakap “tak guna” banyak kali terutama masa dia geram. Terkejut kita ni, fikir juga belajar mana pulak ni. Kita orang tua ni kadang tak kusyuk tengok kartun. Saya cakap tak baik kata tak guna. Dia tanya “boleh cakap apa?”. Tersasul saya jawab “guna”. Banyak kali dia terlepas cakap “tak guna”, kadang dia perbetul jadi “guna”. Lama-lama dia rasa janggal, dah tak sebut lagi.

Bila tengok cerita upin ipin dan keluar dialog “tak guna”, maryam terus cakap “mama, tak baik kan cakap tak guna”. Ok, message delivered akhirnya.

Semua tu ada dalam dunia realiti, mungkin di tadika, tempat main dan di mana sahaja jadi kita memang tak dapat elak. Kalau video boleh off dan block tapi dunia realiti? Jadi saya memilih untuk educate walaupon tidak mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress