Seronok menjahit beg

Seronok menjahit beg.
STEAM Activity #7

Kit belajar menjahit ni saya belikan khas untuk maryam dan simpan sampai dia sendiri minta nak jahit.

Sebenarnya 2 minggu lepas dia jahit beg ni. 2 hari juga nak siapkan sebab bila hilang fokus memang mengarut jahitan tu. Kena keluarkan benang balik, sambung semula.

Bila dah siap memang suka betul maryam, sampai si adik tu jangan harap boleh pegang beg dia ni. Tapi dia janji nak jahit yg satu lagi tu kat adik, macam mama dia jugak, berminggu-minggu pon tak start lagi.

Seronok bila budak dapat menjahit sesuatu yg dia dapat guna. Tempat letak pencil yg dia jahit dulu tu dia dah letak merata tapi tiba-tiba semalam dia ambil balik, bawa pergi tadika. Walaupon jahitan herot, tetap jugak cantik

.
Saya pon tengah mood nak belajar benda baru, tengah tunggu semua barang sampai. Tengok dia jahit beg ni, terus semangat nak cuba benda lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!