Tips menulis “Description” untuk barang jualan.

Tips menulis “Description” untuk barang jualan.
———-
Seingat saya, saya tak pernah mesej seller sebelum shopping online sepanjang di Jerman. Nak tau kenapa?

Sebab semua perkara penting yang saya nak tau dah tertulis dalam “description”. Kalau kurang info, saya terus skip, cari seller lain sebab ada banyak pilihan.
.
Jadi tips ni hanyalah berdasarkan pemerhatian shopping online kat sana. Bolehlah apply mana yang sesuai atau untuk jualan di platform luar seperti ebay, amazon atau etsy. 😊

Ada 4 perkara penting:
1) Detail produk
2) Cara membeli
3) Cara & harga shipping & handling
4) Seller

Apabila menulis semua perkara ni, kita kena berfikir seperti buyer. Kalau kita buyer, apa yang kita nak tau dan ayat macam mana yang senang untuk kita tangkap info dengan cepat.

1) Detail produk.
Tulis apa yang tiada dalam gambar secara ringkas dan padat. Contohnya:

Harga. (terpulang tapi lebih memudahkan)
Jenis material.
Saiz dan ukuran. Contoh: cm dan inci kalau untuk international. USA guna inci, Europe guna cm.
Cara penggunaan. (kalau ada link video lebih baik)
Benefit.
Siapa, bila dan di mana sesuai untuk menggunakan produk tersebut.
Cara penjagaan produk.
Cara siapkan produk jika handmade. Contoh: Semua dijahit, semua digam atau ada beberapa bahagian di gam.
Keadaan barang kalau 2nd hand. Contoh buku: Boleh tunjuk juga keadaan tulang buku.

2) Cara membeli.
Terima payment melalui bank transfer, Paypal, Credit Card atau COD.
Perlu dibayar dalam masa berapa hari?

3) Cara & harga Shipping & Handling.
Poslaju / Airmail / Sea / Tracking number.
Akan dipos selepas berapa hari payment?
Diskaun pos kalau beli jumlah tertentu.
Kastam ditanggung buyer.

4) Seller.
Come from smoke & pet free home. Agak penting sebab dulu pernah beberapa kali buyer mesej tanya. (Buyer ada yg allergic)
Pengalaman dalam bidang.
.
Semua ni tidak semestinya ditulis dalam setiap penerangan barang jualan. Semua bergantung pada keperluan dan tempat kita menjual.

Etsy dan Ebay contohnya dah ada template yg wajib letak shipping cost, payment method dan pos selepas berapa hari. Jadi pandai-pandailah ya.

Feel free to ask me any questions. 😊

Nurul Huda Ahmad
Tulippetals.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!