Busy Book & Busy Bag Malaysia Hasil Mesin Sulam Homeschooling Tips & Tutorial Busy Book Malaysia

Apa itu Busy Book?

Busy book dah makin dikenali di Malaysia, yang buatnya pon dah makin ramai. Kat luar Malaysia, busy book dah lama orang guna, tapi mereka biasanya panggil Quiet Book. Harga busy book kat luar pon jauh beza tau berbanding busy book Malaysia.

Jadi apa itu Busy Book?

Busy book ni buku kanak-kanak yang ada macam-macam aktiviti menarik untuk bagi budak-budak ni sibuk, dalam masa yang sama boleh membantu perkembangan awal kanak-kanak.

Cara buat Busy Book.

Kita boleh DIY Busy book dengan banyak cara, material busy book pon ada banyak jenis. Kalau nak handmade sendiri busy book, boleh guna material felt, cotton atau fleece sebagai muka surat. Benda-benda yang kecil dalam busy book tu boleh guna felt atau cotton. Kalau buat busy book untuk anak sendiri, boleh juga guna kain terpakai, cotton atau jeans.

Busy book boleh jahit atau gam, tapi saya memang jahit semua busy book saya , nak bagi tahan lebih lama sampai generasi seterusnya. Atas tu contoh busy book aktiviti langsir, bintang, bulan dan awan. Memang semua berjahit termasuk  pelekat velcrot.

Apa yang bagusnya Busy Book ni untuk anak-anak?

Handmade busy book ni ada banyak aktiviti yang boleh membantu proses perkembangan awal kanak-kanak. Ada aktiviti yang boleh merangsang fine motor skill, membantu kanak-kanak mengenal warna, objek, bentuk, nombor, huruf, membantu anak lebih fokus, meningkatkan daya imaginasi dan kemahiran bercerita, merangsang kebolehan meneroka dan menyelesaikan masalah, dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada gadget.

Ok, ni contoh aktiviti busy book yang saya buat.

1) Merangsang Fine motor skill

Anak-anak boleh keluarkan bunga dan butang semula, dalam masa yang sama jari-jari perlu bergerak. Jadi ini lah yang akan membantu fine motor skill mereka. Selain tu, boleh tambah kosa kata dan kenalkan warna. Kita boleh buat aktviti bercerita juga, ikut kreativiti sendiri.

2) Belajar bina ayat pendek

Masa masukkan makanan dan minuman dalam mulut orang pada busy book tu, jari anak-anak akan digerakkan. Dalam masa yang sama, dia juga kena buka dan tutup zip. Jadi semasa proses tu, kita dah merangsang fine motor skill mereka. Selain itu, kita boleh ajar ayat pendek yang betul, contohnya “Ina mahu makan epal”, “Ina minum kopi”.

3) Dress Up (Meningkatkan imaginasi dan gaya bercerita)

 

Dress up felt doll dalam busy book ni biasanya memang budak suka sangat. Selain buka tutup zip, tarik velcro, budak-budak boleh berangan doll tu pakai baju nak tidur, doll dah bangun, tukar baju pergi jalan dan sebagainya. Masa ni automatik dia jadi nak cerita macam-macam.

4) Kenal huruf, nombor, mengeja, mengira

Aktiviti busy book macam ni lebih sesuai untuk kanak-kanak atas 4 tahun yang dah minat dengan huruf dan nombor. Ni cara yang menarik sangat untuk belajar asas mengeja dan mengira. Boleh cabut huruf, buat perkataan, boleh kira cupcake, tulis dan padam.

5) Belajar asas sains 

Ada banyak asas sains yang boleh dimasukkan dalam busy book, contohnya sistem solar, anatomy badan, cara kejadian rama-rama, cuaca, dan proses perkembangan sesuatu kejadian. Aktviti macam ni lebih sesuai untuk 5 tahun ke atas. Memang menarik kan bercerita sambil cabut, lekat, tarik objek busy book.

Busy Book sesuai untuk berapa tahun?

Aktiviti busy book ada banyak jenis, dibuat juga mengikut kesesuaian peringkat umur yang biasanya untuk 1 tahun ke atas. Aktiviti busy book yang agak susah lebih sesuai untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas.

Menarik sangat busy book ni kan?
Kalau ibu-ibu dan bapa-bapa berminat nak tempah untuk anak-anak, bolehlah tengok senarai lengkap aktiviti busy book di FB Tulip Petals.

Ini harga dan senarai aktiviti busy book Tulip Petals:
Full set (P1-P30) : RM645 include postage
Price per page:

– P1:Cover Name RM10
– P2: Open Doors & Windows RM15
– P3: Tie Shoes RM12
– P4: Snowman RM15 (no Velcro)
– P5: Leaves RM20
– P6: Traffic Light RM15
– P7: Buckle & Belts RM20
– P8&9: Eat & Drink RM30 (Boy/Girl) – 2 Pages
– P10: Shapes RM15
– P11: Farm Animals RM30 (3 Finger Puppets)
– P12: Air Balloon RM20(2 Finger Puppet)
– P13: Rainbow RM25 (2 Finger Puppets)
– P14&15: Safari RM55 (5 Finger Puppets)
– P16: Fishing RM30
– P17: Curtain, Day, Night RM30
– P18: Anatomy RM30 (no velcro)
– P19: Masjid & 5 Family finger puppets RM40
– P20: Unbutton Flowers RM15
– P21: Apples & Carrots RM25
– P22&23: Wash Clothes RM30
– P24: Dress Up RM40 (boy/girl)
– P25: Solar System RM60
– P26: Telling time RM35
– P27: Brush teeth & hair braiding RM20
– P28: Ladybird Chalkboard RM15
– P29: Alphabets RM60 . (RM1 for every addition letter-upper & lower)
– P30: Fun Math RM40

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress