Crochet Mudah

Bagaimana boleh terlibat dengan Crochet

Macam mana boleh terminat dengan crochet.
..
Sebenarnya dari kecil saya suka tengok mama (mak) mengait, jahit cross stitch dan jahit baju tapi masa tu taklah minat nak buat.

Bila sampai Jerman, cikgu kami offer sesiapa nak belajar mengait sebab dia ni expert tapi still tak minat. Selalu juga nampak orang Jerman mengait dalam keretapi dan kadang jiran kami pon mengait dalam taman belakang appartment, bersantai dengan anak-anak dia.
.

Dec 2016 lepas saya pergi jaga booth MBBS di MICF, Putrajaya. Ada satu masa tu, kak Zalita keluarkan benang dan mengait selimut dia. (eh betul kot selimut). Masa tu saya terus bercita-cita nak mengait sebab dah ada alasan kukuh nak mengait. Projek lain memang tak minat, tapi selimut ni exception. Sebelum ni tak pernah terfikir projek crochet blanket.

Tapi still tak beli juga bahannya. Bila kak Rosilawati up projek kopiah, teringin nak beli benang, tapi tak beli-beli jugak. Satu hari tu demam, memang tak laratlah tengok mesin sulam. Masa ni lah terbayang – bayang crochet sebab crochet ni boleh buat atas katil je kan, jadi saya terus cari dan beli bahan sepanjang demam tu. At least bila-bila kalau tak larat atau takde mood menyulam/menjahit, kita rehat je sambil mengait.

Sekarang saya selalu mengait bila penat mengadap mesin dan kerja rumah.  Buat sebagai hobi memang seronok, tak stress dan tak perlu kejar deadline.

Ni gambar selimut (work in progress). Tak taulah bila akan siap. Tapi ni guna pattern yang memang sangat simple. Ulang half treble crochet (UK term) je sampai habis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress