Kisah Tulip Petals

Cara Kira Kos dan Harga Busy Book atau Handmade

PANDUAN MENGIRA KOS & HARGA AKTIVITI BUSY BOOK atau HANDMADE.
——————————-
Kali ni saya kira mengikut formula handmade dan kiraan sekiranya dimasukkan semua detail untuk perbandingan.

­čî╝ Formula Handmade:
Kos = Masa + Material
Harga borong = 2 x Kos
Harga jualan = 2 x Harga Borong

­čî╝ Kalau kira semua detail:
Kos = Material + Masa + Detail kerja busy book + Indirect Cost
Harga jualan = % Keuntungan retail x Kos
.
Apabila dibuat perbandingan, kita boleh tengok minimum harga yang sepatutnya kita letak.
Penerangan gambar ada 3 muka surat, sila baca mengikut urutan. Setiap perkara boleh ditambah mengikut keperluan masing-masing.

Untuk contoh kiraan, saya ambil aktiviti “Shape” yang saya anggar kita boleh siap lukis, gunting, gam dan jahit dalam masa 1 jam.

Selepas dikira, ini perbandingan harga jualan:

­čî╝ Formula Handmade = RM56 (Kos lain-lain termasuk dalam keuntungan)
­čî╝ Formula Semua detail = RM37.80 (Keuntungan 50%)
Jadi pandai-pandailah letak harga yg sesuai ya.
.
Ini tambahan lain pula.
1) Cara kira kos raw materials.
Kalau kita beli kain RM16/m, kita kena up lagi harga material tu jadi RM20 contohnya sebab tambah kos postage dan masa kita nak cari bahan.

2) Cara kira postage.
Harga pos + handling (harga plastik + masa membungkus + duit minyak).

Disusun semula oleh Huda Ahmad ( Tulip Petals )
Terima kasih kepada semua yang membantu:
Kak Rosilawati Wahid
Khairun Najah AR
Siti Fatimah
Siti Norfarhana

Dan terima kasih juga kepada semua yang telah memberi respon dalam perbincangan satu ketika dahulu .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress