Homeschooling Kehidupan

GERMANY KINDERGARTEN: apa yang mereka belajar?

GERMANY KINDERGARTEN: apa yang mereka belajar?
Memori Jerman #13
..
Semasa di universiti, berada dalam makmal sangat mencabar kerana kebolehan diri jauh ketinggalan berbanding pelajar German . Melangkah masuk makmal, pelajar sepatutnya tahu apa yang nak dicapai, alat apa yg perlu dicari, apa yang perlu dilakukan dan perkara yg perlu direkod tanpa bertanya serba serbi kepada pembantu makmal.

Pelajar German sangat berkeyakinan tinggi dan pandai explore sendiri menyebabkan saya sering tertanya sistem pembelajaran bagaimana yang membentuk mereka. Saya cuma tahu, dari awal sistem mereka menitikberatkan pelbagai skill berbanding hanya akademik.

APA YANG ADA DI KINDERGARTEN
——————————–
Perkataan Kindergarten ni dari bahasa jerman tau. Kinder (Children) + Garten (Garden). Jadi konsep kindergarten sepatutnya selari dengan perkataan tersebut iaitu tempat kanak-kanak bermain, bersosial , belajar tentang persekitaran, dan belajar explore.

Contoh aktiviti menarik yang saya selalu saya nampak:

1) Berjalan kaki ke pekan.

Mereka akan berbaris dan berjalan mengikut arahan guru. Di lampu isyarat merah, semua akan berhenti dan meneruskan perjalanan apabila hijau. Tahu tak yang rakyat jerman dari kecil hingga ke tua sangat mematuhi lampu isyarat? Jarang sekali orang melintas apabila lampu merah dan di zebra crossing kita tak payah teragak nak melintas kerana kereta memang berhenti.

Banyak sangat kanak-kanak ni boleh belajar hanya dengan berjalan-jalan ke pekan.

2) Trip menaiki bas, tram dan keretapi.
(Tram : keretapi yg bergerak atas jalan) .

Aktiviti ni pon selalu saya nampak tapi tak pasti kemana hala tuju mereka. Mereka belajar beratur, duduk di tempat sepatutnya dan bergerak mengikut arahan. Kat sana, jarang sekali kita tengok orang berebut memasuki bas, keretapi atau semasa beli barang. Semuanya terbiasa dengan adab beratur.

Kalau ibu mengandung, makcik dan pakcik tua masuk dalam bas, abang sado dan kakak jelita terus bangun, memberikan mereka tempat duduk.

3) Bermain sambil belajar. (ni tak nampak sebab bukan di luar kindergarten).

Saya tahu kindergarten sana banyak menyanyi, bermain, painting, buat kraf dan satu ketika dulu saya ingat ia tidak bagus. Yelah, asyik nyanyi dengan main je, bila nak belajar kan (Ingat kenal abc, 123 tu baru kira belajar). Tapi seriously cara belajar macam ni memang berkesan untuk merangsang perkembangan motor kasar dan motor halus, sebab tu saya sangat menyokong kindergarten yg menggunakan konsep belajar sambil bermain kerana itulah fitrah kanak-kanak.
.

Merasai sistem universiti di Germany mengubah banyak cara saya berfikir. Mereka hebat di universiti dan sistem universiti mereka, ya Allah begitu mencabar emosi tapi pendidikan awal tidak terlalu fokus pada akademik. Tiada peperiksaan yang menakutkan, tiada kejar mengejar supaya anak berada paling hadapan dalam akademik. Saya yakin yg pendidikan awal memainkan peranan besar dalam membentuk diri mereka seperti yang saya jumpa di universiti.

Ini hanyalah coretan berdasarkan pemerhatian, bukan secara mendalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Powered by: Wordpress