I-PLAY Toy Library

Dunia bermain anak-anak.
I-PLAY TOY LIBRARY.
..




Saya jatuh cinta dengan i-play ni sejak maryam kecil, masa tu tak percaya ada centre macam ni dengan yuran yang sangat rendah. Tau tak berapa?
.
RM12/setahun untuk seorang.
Boleh masuk bila-bila masa yg center ni buka.
.
Jadi bila pindah Penang semula, terus daftar balik untuk maryam & amina.

Banyak sangat permainan yang ada dalam tu untuk meningkatkan gross motor dan fine motor skill. Baling bola masuk jaring, main hula hoop,puzzle, seterika baju, memasak, mandi & pakai baju doll, busy book, rumah kecil, soft toys, hand puppets dan lain-lain. Memang banyak sangat sebab tu berbaloi-baloi.
.
Masuk sini, selalunya saya belek busy book, tengok konsep dan idea.

Gambar yang landing sakan atas bantal tu kawasan membaca dalam perputakaan, bukan i-play. Gambar ni masa pergi hari Jumaat petang, takde orang jadi memang sakan budak berdua ni. Selalunya pergi Sabtu/Ahad, memang ramailah orang.

Ini gambar i-play toy library di perpustakaan kanak-kanak Georgetown. (Dalam bangunan yang sama).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!